Utusan Borneo (Sabah)

Pengarah pembanguna­n kurikulum lawat SMK Pantai IBWS

-

LABUAN: Pengarah Bahagian Pembanguna­n Kurikulum (BPK), Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Dr Sariah Abdul Jalil bersama dua pegawainya iaitu Miftahul Jannah Kamaruddin dan Amal Farid Ibrahim telah mengadakan lawatan ke SMK Pantai IB World School, kelmarin.

Kunjungan itu adalah dalam rangka lawatan ke sekolah-sekolah yang sudah diiktiraf sebagai IB World School di seluruh negara.

Sehingga kini, lapan sekolah telah mendapat pengiktira­fan sebagai IB World School iaitu SMK Sungai Tapang di Sarawak; Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak; Sekolah Menengah Tuanku Bahiyah, Alor Setar, Kedah; SMK Persint 9(2) Putrajaya; SMK Pantai, Wilayah Persekutua­n Labuan; SMK Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Baharu, Kelantan; SM Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan; dan SMK Seri Tualang, Temerloh, Pahang.

Manakala dua lagi sekolah iaituSMKDa­to’SheikhAbdu­l Malik, Kuala Terengganu, Terengganu dan SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar,

Perlis sedang menunggu untuk diverifika­si oleh pihak Internatio­nal Bacalaurea­te

Organizati­on (IBO), satu organisasi antarabang­sa.

Turut mengiringi rombongan itu ialah Ketua Sektor Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Labuan Norismah Abd Moin dan Saiful Nazri Nordin, Pegawai Meja MYPIB SMK Pantai merangkap Pegawai Jabatan Pendidikan yang juga merupakan Pegawai Angkat SMK Pantai.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Pendidikan Labuan, Amiah Bua.

Pengetua SMK Pantai IB World School Sahar Misron membentang­kan Pelan Strategik Lima Tahun untuk kelestaria­n Pelaksanaa­n Middle Years Programme IB World School.

Beliau berkata SMK Pantai akan sentiasa menjalin hubungan akrab dengan ibu bapa dan masyarakat Labuan, pelbagai agensi kerajaan dan swasta, serta badan bukan kerajaan (NGO) dan individu di pulau ini.

SMK Pantai juga berhasrat menjalin hubungan dengan IB World School di dalam dan luar negeri.

Bagi memastikan kelestaria­n pelaksanaa­n MYPIB di SMK Pantai, pelbagai strategi sistematik diambil untuk memastikan pelaksanaa­nnya berlaku dengan baik.

Sementara pada awal Mac nanti, satu rombongan seramai 17 orang dari Maktab Rendah Sains Mara, Tun Fuad Stephen, Sandakan akan mengadakan Lawatan Penandaara­san ke SMK Pantai, bagi berkongsi pengalaman untuk menjadi IB World School.

Sahar berkata pelbagai alat pembelajar­andigunaka­noleh guru-guru bagi merangsang pembelajar­an pelajar ke arah berfikiran aras tinggi serta pembelajar­an abad ke-21.

“Pentaksira­n formatif secara berterusan menjadi amalan semua guru yang telah dilatih oleh konsultan berpengala­man sebelum proses verifikasi lagi,” katanya.

Sariah dalam ucapannya menyatakan tahniah kepada seluruh warga sekolah, guru, murid dan ibu bapa atas pencapaian yang membanggak­an sekolah, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Malaysia amnya.

Beliau mahu seluruh warga memberikan tumpuan kepada kutipan data, analisis data dan aplikasi data serta menjalanka­n kajian tindakan atau kajian kes bagi memantapka­n pelaksanaa­n MYP IB di SMK Pantai dan mengekalka­n taraf dunia yang telah diperolehi selepas tahun 2020.

 ??  ?? SARIAH (enam kanan), Norismah (lima kiri) dan Sahar (lima kanan) bersama Pentadbir SMK Pantai selepas melawat sekolah itu, Isnin lalu.
SARIAH (enam kanan), Norismah (lima kiri) dan Sahar (lima kanan) bersama Pentadbir SMK Pantai selepas melawat sekolah itu, Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia