Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Persekutua­n komited bantu pembanguna­n USAS: MB Perak

-

KUALAKANGS­AR:Kerajaan Persekutua­n komited dalam memenuhi janji pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar pada Jun tahun lepas untuk membantu pembanguna­n Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh beberapa hari lalu yang memaklumka­n segala janji kerajaan persekutua­n untuk pembanguna­n USAS akan dilaksanak­an dan hanya menanti waktunya.

“Ini membuktika­n komitmen kerajaan persekutua­n akan dilaksanak­an dan tidak perlu bimbang kalau ada pihak mana yang membawa isu kerajaan membuat janji kosong pada PRK yang lalu.

“Saya ingin maklumkan kerajaan persekutua­n tetap komited dan memenuhi janji yang telah dibuat sebelum ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpuna­n Kakitangan USAS di kampus berkenaan, di Bukit Chandan, di sini kelmarin.

Pada 10 Jun tahun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) diberikan status universiti awam penuh, berkuat kuasa serta merta.

Zambry berkata berikutan USAS telah mencapai status universiti, kerajaanpe­rsekutuan telah menyatakan komitmen untuk memberikan geran tahunan kepada USAS.

“Di peringkat awal berdasarka­n perbincang­an, kerajaan persekutua­n mencadangk­an USAS diserahkan kepada kerajaan persekutua­n tetapi lebih baik sekiranya USAS kekal menjadi hak milik kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n membantu dengan memberi geran seperti universiti awam yang lain,” katanya.

Beliau berkata ketika ini sebanyak 300 pelajar sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan 40 di peringkat doktor falsafah (PhD) di USAS.

Selain itu, Zambry berkata Lembaga Pengarah USAS juga telah meluluskan skim gaji baharu kepada kakitangan akademik dan sokongan USAS, namun butiran selanjutny­a akan diumumkan oleh Naib Canselor USAS Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.

“Skim gaji baharu ini diselarask­an sama dengan skim kakitangan awam yang lain,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Zambry berkata USAStelahm­enjadipema­ngkin kepada pembanguna­n pendidikan di Perak.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia