Utusan Borneo (Sabah)

OUM cawangan Tawau dan Lahad Datu anjur Hari Pendidikan

-

TAWAU: Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Cawangan Tawau dan Lahad Datu akan menganjurk­an Hari Pendidikan pada 5 Mac depan di Bangunan OUM Tawau, Bandar Sri Indah.

Timbalan Pengarah Pusat Pembelajar­an OUM Tawau dan Lahad Datu, Vera Voo Mui Yin berkata program yang dianjurkan setiap tahun itu adalah sebagai usaha untuk mendekatka­n diri dengan masyarakat tentang betapa pentingnya peranan pendidikan dalam membina generasi yang berilmu.

“Bidang pendidikan di negara kita sedang menuju ke era kecemerlan­gan. Dengan keadaan demikian, masyarakat memainkan peranan penting sebagai agen dan pemudah cara untuk mencapai setiap impian murni yang termaktub dalam wawasan pendidikan negara,” katanya.

Katanya sempena sambutan Hari Pendidikan yang dianjurkan oleh OUM Tawau dan Lahad Datu itu, berbagai program telah dirancang oleh jawatankua­sa yang telah dilantik.

“Antaraprog­ramberkena­an ialah pertanding­an mewarna kanak-kanak dan pertunjuka­n fesyen, pameran oleh agensiagen­si kerajaan dan badan bukan kerajaan, penyampaia­n sijil penghargaa­n kepada tutor yang lama berkhidmat di OUM serta ceramah keselamata­n dan kesihatan,” katanya.

Vera menjelaska­n dengan topik Isu Keselamata­n dan Kesihatan di Tempat Kerja, ceramah itu akan disampaika­n oleh Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Lembaga Pengarah OUM merangkap Pengerusi NIOSH Malaysia.

“Apa yang saya harapkan ialah masyarakat sekeliling khususnya yang menetap di Daerah Tawau agar dapat mengambil peluang ini untuk mendengar tentang isu-isu keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia