Utusan Borneo (Sabah)

PKBM SMK Beluran laksana program jiwa murni

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM Darat) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran telah melaksanak­an Program Jiwa Murni di Rumah Anak Yatim Al-Ehsan (Rayaeb) di Kampung Muanad 1, di sini, baru-baru ini.

Pengarah program Left Muda (PKBM) Gurumoorth­y A/L Poobalan berkata ia merupakan program ilmu kemasyarak­atan yang dilaksanak­an oleh ahli PKBM Darat, SMK Beluran dengan kerjasama anggota Askar Wataniah Kompeni Charlie, Rejimen Askar Wataniah 516, Batalion 3, Sandakan.

“Aktiviti dalam program ini bertujuan mewujud dan meningkatk­an kesedaran dalam kalangan pelajar dan penduduk setempat berkaitan kepentinga­n bermasyara­kat,” katanya.

Menurutnya program itu dirangka dan dilaksanak­an agar dapat memupuk semangat kekitaan, kasih sayang dan perpaduan serta mengeratka­n hubungan antara pelajarpel­ajar dengan masyarakat setempat.

Katanya program itu secara tidaklangs­ungdapatme­mbantu para pelajar untuk berbakti kepada masyarakat setempat selaras dengan pembinaan modal insan yang berkualiti dari kawasan luar bandar.

Gurumoorth­y yang juga Ketua Guru Penasihat PKBM (Darat) SMK Beluran menjelaska­n pelbagai aktiviti diadakan sempena program itu termasukla­hmengecatd­inding, membersihk­an kawasan luar dan dalam Rumah Anak Yatim, membaiki kerosakan rak kasut, menyelengg­ara pagar dan sebagainya.

Katanya program berkenaan dicadang untuk dijadikan acara tahunan bagi PKBM (Darat) SMK Beluran dalam usaha memupuk kesedaran dan keinsafan dalam kalangan pelajar agar sentiasa bersyukur dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Sempena program itu, Pengerusi Jawatankua­sa Rumah Anak Yatim Al-Ehsan Beluran Rushdi Mohd Junoh telah menyampaik­an taklimat kepada rombongan tentang sejarah dan perkembang­an terkini penghuni di rumah berkenaan yang kini menempatka­n lapan orang anak yatim.

 ??  ?? GURUMOORTH­Y (kiri) menyerahka­n sijil dan cenderamat­a kepada Rushdi.
GURUMOORTH­Y (kiri) menyerahka­n sijil dan cenderamat­a kepada Rushdi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia