Utusan Borneo (Sabah)

Jong-nam: Laporan penuh bedah siasat selepas analisis jabatan kimia

-

KUALA LUMPUR: Laporan penuh mengenai bedah siasat mayat Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, akan dikeluarka­n selepas Jabatan Kimia menyiapkan analisis forensikny­a.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil bedah siasat itu akan membantu menentukan punca kematian dan identiti sebenar si mati.

Bercakap pada sidang akhbar yang padat dengan petugas media di sini kelmarin, beliau berkata tiada tempoh khusus ditetapkan analisis itu perlu disiapkan.

Menurut Dr Noor Hisham, setakat ini, spesimen hanya diambil daripada tubuh si mati, yang meninggal dunia dalam keadaan misteri, dan tiada sebarang spesimen diambil daripada warisnya.

“Setakat ini, belum ada sesiapa yang mendakwa sebagai warisnya dan kami masih menunggu mereka,” kata beliau.

Menurut laporan, Jongnam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas kerana menunggu untuk menaiki pesawat ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup

mukanya dengan kain dipercayai mengandung­i racun.

Beliau segera dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal ketika dalam perjalanan. Lelaki itu tiba di Malaysia pada 6 Feb menggunaka­n pasport dengan nama Kim Chol.

Ditanya sama ada Jongnam menunjukka­n sebarang tanda serangan jantung sebelum kematianny­a, Dr Noor Hisham berkata tidak terdapat keterangan tentang perkara itu.

Beliau berkata bedah siasat mendapati tubuh si mati tidak mempunyai kesan cucuk yang ketara.

Beliau juga menolak khabar angin bahawa bedah saisat kali kedua telah dilakukan terhadap mayat si mati seperti yang dilaporkan media asing. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia