Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik basikal di Kuala Lumpur bingung

-

KUALA LUMPUR: Rancangan menjadikan Kuala Lumpur sebagai ‘bandarraya­mesrabasik­al’dicetuskan pada 2012 tetapi empat tahun selepas itu tidak banyak perubahan berlaku untuk penunggang basikal.

Idea itu diilhamkan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan kemudian penggantin­ya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berazam melaksanak­an konsep itu.

Bagaimanap­un, insiden basikal milik, Khirunniza­m Mohd Lani disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika diletakkan di perhentian bas Wisma Sentral di sini pada 13 Feb lepas mengundang pelbagai persoalan mengenai hasrat pentadbir Kuala Lumpur untuk mewujudkan ‘bandar raya mesra basikal’.

Sebilangan pencinta aktiviti berbasikal mendakwa Kuala Lumpur kekurangan kemudahan untuk penunggang, sekali gus menyukarka­n mereka meletak basikal di bandar raya serta tidak melambangk­an identiti ‘kemesraan’ yang sering diwar-warkan.

Bagi Khirunniza­m, yang mendakwa basikal beliau berharga RM3,000 mengalami kerosakan yang teruk seperti kemek, bengkok, calar dan diconteng selepas ditunda oleh DBKL ke depoh simpanan, menggesa pihak berkuasa tempatan melakukan lebih banyak usaha bagi menjaga kebajikan penunggang basikal di ibu kota.

Pemilik basikal itu berkata kemudahan parkir basikal dan lorong khas perlu dibina jika DBKL serius dengan rancangan mereka untuk mewujudkan Kuala Lumpur sebagai ‘bandar raya mesra basikal’.

“Basikal adalah kenderaan utama saya untuk cari makan, saya ini kerja sebagai penghantar surat dan tempat letak basikal di Kuala Lumpur memang tidak ada, jadi saya tak nampak perancanga­n KL bandar mesra basikal,” katanya kepada Bernama kelmarin.

Dalam insiden itu, basikal Khirunniza­m disita oleh anggota penguatkua­sa DBKL sebab melakukan halangan di tempat awam selepas mendapati basikal itu dirantai rapat dengan tiang di hentian bas itu.

Selain itu, pemilik basikal berjenama ‘Bombtrack Arise’ itu dikenakan kompaun sebanyak RM300 untuk caj penudaan, caj simpanan dan kompaun kesalahan.

Pandangan mangsa itu turut dikongsi oleh seorang lagi penunggang, Aedewan Adnan, 37, yang berkata bandar raya Kuala Lumpur kekurangan kemudahan untuk pemilik basikal.

Beliau memilih basikal sebagai mod pengangkut­an utamanya dari rumah di Shah Alam ke tempat kerja di ibu kota.

Walaupun usaha pihak berkuasa tempatan untuk membina satu laluan berbasikal dari Jalan Jelatek ke Mid Valley dan menganjurk­an program ‘KL Carfree Morning’ dua kali sebulan, namun isu parkir basikal harus diberi keutamaan.

Bagi Shakir Lokman, 27, tindakan DBKL untuk menyita basikal tanpa memaklumka­n kepada pemiliknya disifatkan sebagai tindakan tidak adil.

Sejak tujuh tahun lepas, Shakir berbasikal dari rumahnya di Cheras ke pejabatnya di Bukit Bintang.

Berdasarka­n pengalaman yang dialami oleh Khirunniza­m, katanya, tiada notis diberi kepada pemilik bahawa basikalnya disita.

“Hanya selepas dimaklum oleh seorang peniaga trak makanan di situ, baru Khirunniza­m mengetahui keadaan sebenar nasib basikalnya. Sekiranya tiada orang melihatnya, bagaimanap­un pulak nanti...ini tidak adil,’ katanya.

Menurut laporan akhbar Isnin, DBKL mengakui tindakan penguatkua­saan itu menyebabka­n basikal itu rosak dan pemilik disaran membuat tuntutan ganti rugi daripada mereka.

Tindakan memotong rantai basikal itu telah menyebabka­n palang atau frame basikal menjadi kemek,” demikian menurut kenyataan DBKL menerusi akaun Facebookny­a.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia