Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Kesihatan Melaka siasat kes Rotavirus

-

MELAKA: Jabatan Kesihatan Melaka sedang menyiasat dakwaanter­dapatkesRo­tavirus di negeri ini seperti yang tular di media sosial pada Isnin.

Pada masa sama, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) turut menghentik­an operasi air pancut di Dataran 1Malaysia di Klebang di sini yang didakwa punca ramai kanak-kanak yang bermain air pancut di situ dijangkiti Rotavirus.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ghazali Othman berkata pihaknya mengambil sampel air di sekitar air pancut itu dan keputusan berkenaan dijangka diketahui dalam masa terdekat.

“Kita masih menjalanka­n siasatan terperinci berkaitan dakwaan ini. Setakat ini kita tidak boleh mengulas lanjut... tunggu siasatan selesai.

“Jabatan Kesihatan Melaka akan memaklumka­n hasil siasatan berkenaan kepada umum apabila ia selesai dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

PadaIsnin,terdapatda­kwaan ramai kanak-kanak yang bermain air pancut di Dataran 1Malaysia Klebang dijangkiti Rotavirus dan mendapatka­n rawatan di Hospital Melaka, sehingga menjadi tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata beliau tidak menafikan ada pesakit yang dirujuk di Hospital Melaka ekoran mangsa mengalami simptom penyakit berkenaan.

“Sebelum dakwaan berkenaan tular, penyakit itu berlaku tetapi ia tidak melibatkan kumpulan mangsa yang banyak seperti yang disebarkan di media sosial,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk negeri ini terutama masyarakat tempatan di kawasan Klebang supaya tidak panik atau mempercaya­i bulat-bulat dakwaan berkenaan sebelum laporan penuh siasatan itu siap.

Sementara itu, Setiausaha MBMB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Salim berkata operasi air pancut berkenaan dihentikan serta-merta sebaik dakwaan berkenaan menjadi tular di media sosial sejak pada Isnin.

“Orang ramai perlu faham kawasan air pancut berkenaan bukan tempat untuk mandimanda, sebaliknya ia dibina sebagai satu elemen landskap,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia