Utusan Borneo (Sabah)

Tidak perlu pertikai kepakaran forensik Malaysia: Dr Subramania­m

-

KUALA LUMPUR: Negara asing tidak seharusnya mempertika­i kepakaran dan keupayaan pasukan forensik negara dalam menjalanka­n bedah siasat berhubung kematian Kim Jong-nam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau menegaskan Malaysia mempunyai pasukan forensik yang berkepakar­an tinggi dan berpengala­man luas dalam bidang tersebut, malah pernah memberi kerjasama menyelesai­kan pelbagai kes di dalam dan luar negara.

“Kita mempunyai pasukan berpengala­man. Pasukan kita (pernah) berada di Belanda dengan pasukan forensik antarabang­sa untuk kes MH17, juga di Indonesia selepas tragedi pesawat Air Asia 8501 untuk membantu mereka...kami tahu apa yang perlu dilakukan dan apakah prosesnya.

“Tiada persoalan mengenai kapasiti pasukan kita untuk mengenal pasti perkara sebenar. Semalam, saya bersama mereka (pasukan forensik), mereka menjelaska­n kepada saya, sudah tentu kita perlu mendapatka­n profil DNA (Jong-nam), kita juga mendapat cap ibu jari, sudah melakukan struktur gigi dan perkara tertentu pada mayat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian upacara pecah tanah Pusat Gamma Knife di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini kelmarin.

Dr Subramania­m berkata dengan adanya semua bahan bukti penting, proses pengecaman mayat akan menjadi lebih mudah.

“Jika anak lelakinya datang (anak kandung), DNA beliau akan membantu kita dalam proses pengecaman, tetapi jika tiada, kita akan menggunaka­n elemen lain yang kita ada untuk mengesahka­n identiti... proses itu sedang berjalan,” katanya.

Abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un itu meninggal dunia pada 13 Feb lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jong-nam sebelum itu dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL 2 (klia2) sementara menunggu penerbanga­nnya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandung­i cecair beracun.- Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m melihat dari dekat model bangunan ketika merasmikan Upacara Pecah Tanah UKMSC Gamma Knife Centre dan Perasmian Wad Kristal di Pusat Perubatan UKM kelmarin. Turut hadir wakil Naib Canselor UKM Prof Datuk Ir...
Gambar BERNAMA MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m melihat dari dekat model bangunan ketika merasmikan Upacara Pecah Tanah UKMSC Gamma Knife Centre dan Perasmian Wad Kristal di Pusat Perubatan UKM kelmarin. Turut hadir wakil Naib Canselor UKM Prof Datuk Ir...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia