Utusan Borneo (Sabah)

`Kit Siang bermain sandiwara’

Reaksi Azalina terhadap syarat Lim mengenai isu kerugian Forex

-

“Pasukan petugas itu akan mencadangk­an tindakan yang sewajarnya diambil selepas selesai enjalankan siasatan awal dalam tempoh yang ditetapkan. DATUK SERI AZALINA OTHMAN SAID Menteri di Jabatan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang bermain politik apabila menawarkan diri secara bersyarat untuk menyertai siasatan mengenai kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia pada sekitar 1990-an, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Kit Siang sebaliknya harus menyertain­ya dengan niat ikhlas jika beliau benar-benar berhasrat untuk membantu pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kabinet untuk menyiasat kerugian itu.

Azalina berkata pasukan petugas khas itu terhad kepada bidang tugas tertentu untuk menganalis­is dan meneliti kerugian forex melibatkan bank pada 1990an, jika ada.

“Pasukan petugas itu akan mencadangk­an tindakan yang sewajarnya diambil selepas selesai menjalanka­n siasatan awal dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Minggu lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata Kabinet bersetujuu­ntukmenubu­hkan pasukan petugas khas untuk menjalanka­n siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada 1990-an.

Dalam respons kepada pengumuman itu, Kit Siang dilaporkan berkata beliau bersedia menawarkan diri untuk membantu siasatan itu, tetapi beliau hanya akan berbuat demikian jika siasatan juga dijalankan terhadap Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Sementara itu, Azalina berkata permohonan Kit Siang itu tidak berasas dan tidak relevan kerana 1MDB telah pun disiasat oleh pasukan petugas khas yang terdiri daripada Ketua Audit Negara, Peguam Negara dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Pasukan petugas itu juga termasuk Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara, yang juga termasuk anggota Parlimen pembangkan­g,” katanya.- Bernama

 ??  ?? KIT SIANG
KIT SIANG
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia