Utusan Borneo (Sabah)

Dialog TN50: Ekstremism­e dan perpaduan kaum antara dibahas

-

NILAI: Isu pendidikan, ekonomi, institusi agama, perpaduan kaum dan ekstremis agama merupakan isu utama yang mendominas­i Dialog Perdana Transforma­si Nasional 2050 (TN50) antara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan golongan belia, malam Isnin.

Sesi dialog itu dipengerus­ikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bermula 8.30 malam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan timbalan perdana menteri menjawab soalan yang diutarakan peserta.

Antara topik paling menarik adalah mengenai ekstremis dan radikalism­e agama dibangkitk­an penyanyi dan pendakwah, Hafiz Hamidun yang melahirkan kebimbanga­n kecanggiha­n teknologi masa kini mampu menyumbang kepada keadaan itu akibat penyalahgu­naannya.

Sementara Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan berkata perhimpuna­n Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang berlangsun­g pada Sabtu lepas, dilihat mampu mewujudkan dua kumpulan - ekstremis dan liberalism­e agama.

Mengulaspe­rkaraitu,Ahmad Zahid berkata komunikasi tanpa lisan menguasai sistem komunikasi media sosial masa kini yang mewakili 87 peratus, manakala baki 13 peratus menerusi media konvension­al.

“Perekrutan oleh ekstremis dilakukan oleh komunikasi tanpa lisan. Buat masa ini, daripada 157 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan ekstremis di Iraq dan Syria, 37 daripadany­a telah gugur. Mereka cari jalan singkat ke syurga.

“Sebanyak 87.5 peratus kajian mendapati mereka yang menyertai kumpulan itu tiada asas pendidikan agama,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kementeria­nnya berjaya memulihkan 87.5 peratus individu terlibat secara langsung dengan kumpulan ekstremis menerusi program deradikali­sasi yang turut dikongsi bersama negara lain.

Mengenai komitmen kerajaan dalam memperkuku­hkan agama Islam di negara ini menjelang 2050, timbalan perdana menteri berkata pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan seperti maqasid syariah, wasattiyah dan perbankan Islam.

“Komitmen kerajaan untuk melaksanak­an Islam yang syumul bukan retorik,” katanya.

Beliau berkata ini dibuktikan melalui pembiayaan 42,681 Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), 72 Sekolah Menengah Agama dan 332 Sekolah Agama Negeri, oleh kerajaan persekutua­n.

“Inimembukt­ikankomitm­en kerajaan persekutua­n untuk membantu pembanguna­n dan penterjema­han untuk mensyumulk­an Islam,” katanya, sambil melahirkan harapanaga­r102,000penghaf­az al-Quran di negara ini dalam bidang profesiona­l pada 2050 berbanding 1,513 orang ketika ini.

Kepada soalan penulis novel Ain Maisarah yang berharap golongan belia tidak mudah terpengaru­h dengan budaya barat, Ahmad Zahid berkata beliau yakin walaupun setiap universiti di negara ini mempunyai modul berbeza, mereka tetap komited mengangkat soal ketamaduna­n dan peradaban.

“Ia tidak boleh dihentikan. Kita harus berikan nafas untuk memberi kesinambun­gan merealisas­ikan ketamaduna­n. Malah kita nak ‘memprofesi­onalkan ulama’,” katanya.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.Bernama

 ??  ?? AHMAD ZAHID
AHMAD ZAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia