Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 30,000 pengunjung dijangka meriahkan ‘Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia’

-

KUANTAN: Lebih 30,000 pengunjung dijangkaka­n menghadiri ‘Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia’ yang akan berlangsun­g selama empat hari bermula Khamis (23 Feb) ini di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan.

Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk orang ramai di bawah program anjuran Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia itu yang dibuka mulai 8.30 pagi hingga 10 malam.

“Antara aktiviti yang akan dilaksanak­an adalah pameran caring bridge/Komuniti 1Malaysia, Kembara Jalinan Kasih, kenduri kampung, persembaha­n kebudayaan dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Ibrahim berkata program itu akan dilaksanak­an dalam dua fasa iaitu fasa pertama Kembara Jalinan Kasih pada Khamis dan Jumaat ini dengan melibatkan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terpilih di Pekan iaitu Pulau Manis, Bebar, Chini dan Peramu Jaya.

“Antara aktiviti yang dilaksanak­an dalam fasa pertama adalah Ziarah Kasih dan Titik Sentuhan serta Khidmat Masyarakat seperti gotong royong, kenduri kampung, zikir Asmaul Husna serta persembaha­n buskers oleh Pentarama.

Beliau berkata fasa kedua mengandung­i aktiviti Karnival@Komuniti mulai Jumaat hingga Ahad menerusi empat komponen iaitu Pemimpin Bersama Rakyat; Pameran Minda dan Karnival Komuniti; Persembaha­n Kebudayaan, Kerohanian, Riadah; serta Keusahawan­an.

Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan program berkenaan pada Sabtu di taman tasik itu.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat Bernama Zarina Rozali berkata Bernama akan turut terlibat menjayakan program berkenaan dengan menyertai pameran yang dianjurkan.

Zarina berkata beberapa produk sedia ada di bawah agensi berita itu akan dipamerkan untuk dikongsi dengan orang ramai seperti Bernama Radio, Bernama News Channel (BNC) dan Bernama Images. Dijangkaka­n pembukaan konti mini Bernama Radio akan menarik minat pengunjung.

“Kita akan mula berada di lokasi berkenaan pada 24 Feb hingga 26 Feb ini. Melalui pembukaan konti mini (Bernama) Radio akan dapat memberi peluang kepada pengunjung menguji bakat sebagai pengacara radio,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia