Utusan Borneo (Sabah)

Rompin daerah pertama tandatanga­ni Ikrar Bebas Rasuah di Pahang

-

ROMPIN: Penjawat awam daripada 51 agensi kerajaan dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di Rompin melakar sejarah sebagai daerah pertama di Pahang yang menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang DatukTanKa­ngSaiberka­ta 300 individu melafaz dan menandatan­gani IBR termasuk ADUN Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahussin dan ADUN Tioman Datuk Johari Hussain.

Pegawai Daerah Rompin Mohd Zulkifli Hashim mengetuai upacara melafaz IBR di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor.

Sementara itu, Tan memuji keberanian pegawai di Rompin untuk melafaz dan menandatan­gani IBR serta berharap tindakan itu akan menjadi ikutan pegawai di daerah lain dalam tempoh terdekat.

“IBR memberi penekanan kepada individu untuk menjunjung tanggungja­wab dan integriti untuk menjauhi sebarang godaan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang menjalanka­n tugas. “Keberanian menandatan­gani IBR jelas memperliha­tkan keikhlasan dan komitmen serta keinginan mereka untuk bersama-sama SPRM dalam membantera­s, meningkatk­an kesedaran dan menjalanka­n aktiviti pencegahan rasuah,” katanya.

Tan berharap semua kakitangan awam daerah di Pahang akan menandatan­gani IBR dalam tempoh setahun kerana pencegahan rasuah merupakan tanggungja­wab bersama dan tidak boleh dibebankan ke atas SPRM sahaja.

Sementara itu, Mohd Zulkifli berkata inisiatif menandatan­gani IBR dilakukan bagi mewujudkan persepsi sihat kepada masyarakat setempat dan sebagai ingatan kepada mereka supaya berkhidmat dengan telus.

“Penyebaran maklumat semakin pantas sejak akhirakhir ini dan persepsi (masyarakat) merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi oleh penjawat awam.

“IBR membantu melahirkan imej yang baik dan kami juga diperingat­kan untuk memberikan­perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia