Utusan Borneo (Sabah)

Diisytihar wabak denggi, lebih 300 penduduk Kampung Santan sertai gotong-royong

-

KANGAR: Lebih 300 penduduk Kampung Santan dekat sini menyertai gotongroyo­ng membasmi nyamuk aedes ekoran kampung itu antara lokasi yang diisytihar kawasan wabak denggi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan, Datuk Sabry Ahmad yang turut menyertai program itu berkata tumpuan kerja-kerja pembersiha­n perlu dilakukan serta-merta di kawasan itu.

“Sejak 27 Jan lepas hingga semalam, terdapat 14 kes demam denggi berlaku di kampung ini bagaimanap­un tidak ada kematian.

“Semua pesakit demam denggi mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sementara kampung ini berada di bawah pemantauan pejabat kesihatan negeri,” katanya kepada Bernama di sini.

Sabry turut menasihatk­an penduduk kampung agar sentiasa mengutamak­an kebersihan kawasan persekitar­an dan di dalam rumah selain mengambil langkah pencegahan dengan meletakkan ubat jentik-jentik di kawasan tadahan air.

Orang ramai juga dinasihatk­an agar mengelak daripada digigit nyamuk terutama pada waktu nyamuk aedes aktif antara pukul 6 hingga 8 pagi dan 5.30 petang hingga 8 malam.

“Paling utama jika demam panas dan lenguh anggota badan, segeralah mendapatka­n rawatan di hospital kerana dibimbangi mereka terkena demam denggi,” katanya.

Terdapat enam kawasan di negeri ini direkodkan mempunyai indeks pembiakan nyamuk aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya wabak denggi.

Kawasan terbabit ialah Kampung Abi Kubang Badak mukim Abi, Kampung Padang Jamil mukim Kuala Perlis, Kampung Repoh mukim Sena, Kampung Behor Gandil dan Taman Kemajuan mukim Utan Aji serta Kilometer (KM) 2, Jalan Santan mukim Padang Pauh.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia