Utusan Borneo (Sabah)

Pesawat rempuh pusat beli-belah, 5 maut

Siasatan ke atas tragedi di Melbourne itu tertumpu kepada ‘kerosakan enjin’: Polis

-

MELBOURNE: Sebuah pesawat ringan meletup dalam “bebola api yang besar” dengan polis menyatakan tiada seorangpun daripada lima orang di dalam pesawat itu terselamat ketika ia terhempas di sebuah pusat beli-belah berhampira­n bandar Melbourne di Australia, semalam.

Pesawat Beechcraft itu berubah haluan sejurus selepas berlepas menuju ke pusat beli-belah, yang masih lagi ditutup, bersebelah­an dengan lapangan terbang Essendon Fields.

“Lima orang di dalam pesawat dan kelihatan seperti tiada sesiapa yang terselamat dalam nahas itu,” kata penolong pesuruhjay­a polis Victoria Stephen Leane.

Perdana Menteri Victoria Daniel Andrews menggambar­kannya sebagai nahas udara yang terburuk di negara ini dalam tempoh tiga dekad.

Pesawat tempahan persendiri­an dari Essendon, di utara Melbourne, ke King Island, 55 minit ke selatan, terhempas tidak jauh dari laluan utama yang penuh dengan kenderaan pada awal pagi.

Rakaman televisyen secara langsung menunjukka­n bangkai pesawat yang hangus, api dan kerosakan besar pada pusat beli-belah dan bangunan berhampira­n.

Kepulan asap hitam tebal muncul di ruang udara ketika beberapa saksi menceritak­an tentang letupan.

“Ia kelihatann­ya sebuah pesawat ringan, yang merupakan penerbanga­n sewaan, telah menjejaska­n DFO (Direct Factory Outlet) di Essendon Fields,” menteri perkhidmat­an polis Lisa Neville berkata.

Pusat beli-belah itu tidak dijangka akan dibuka selama beberapa jam lagi dan pihak berkuasa mengesahka­n tiada sesiapa di dalam bangunan yang tercedera.

“Terdapat juga serpihan yang ditinggalk­an di atas jalan raya,” tambah beliau.

Seorang pemandu teksi menghubung­i radio ABC dan memberitah­u tentang “bebola api yang sangat besar.”

“Saya melihat pesawat ini... ketika ia melanggar bangunan terdapat satu bebola api yang sangat besar,” menurut lelaki bernama Jason.

“Saya boleh merasakan haba panas melalui cermin teksi, dan kemudian sebiji tayar – ia kelihatan seperti tayar pesawat – melantun di atas jalan raya dan mengenai bahagian depan teksi seakanakan kami sedang memandu di sampingnya.”

Pesuruhjay­a polis Victoria Mick Frewen berkata siasatan tertumpu kepada “kerosakan enjin yang menyebabka­n bencana”.

Pesawat itu membuat satu panggilan kecemasan sebelum terhempas, tambah beliau.

Seorang pekerja kedai DFO dikenali sebagai Ash mem-beritahu Sky News dia melihat “bebola api muncul di ruang udara”, sambil menambah ia “dirasai seperti sebutir bom yang meletup”.

“Api sangat panas sehingga kami tidak boleh ke manamana berdekatan dengannya,” kata Ash.

“Kita boleh melihat bangkai pesawat, atau apa yang masih lagi ada padanya.”

Tukang paip Michael Howard, 29, memberitah­u Australian Broadcasti­ng Corporatio­n dia melihat satu “pancaran biru”.

“Saya sedang …memandang ke luar tingkap...dan kemudian secara tiba-tiba saya melihat satu pancaran biru muncul disusuli dengan satu bebola api besar.”

“Ia adalah seperti sesuatu yang terdapat dalam filem,” jelas Howard.

Ketua jabatan bomba Melbourne Paul Stacchino menyatakan dalam Twitter “lebih 60 anggota bomba bekerja keras untuk memadamkan api...di bawah kawalan. Anggota bomba masih berada di tempat kejadian buat seketika.”

Biro Keselamata­n Pengangkut­an Australia berkata ia telah menghantar anggota penyiasat ke tempat kejadian.

Essendon Fields telah ditutup dan semua lalu lintas dialih ke dua lapangan terbang yang lebih besar di Melbourne, Tullamarin­e dan Avalon.

Satu bahagian laluan utama yang terdapat di sepanjang lapangan terbang tempatan masih lagi ditutup bagi membolehka­n kawasan itu dibersihka­n. — AFP

Lima orang di dalam pesawat dan kelihatan seperti tiada sesiapa yang terselamat dalam nahas itu. VICTORIA STEPHEN LEANE Penolong Pesuruhjay­a Polis

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR serahan Metropolit­an Fire Brigade (MFB) menunjukka­n anggota bomba bergegas memadam kebakaran selepas sebuah pesawat ringan meletup dan merempuh pusat beli-belah di Melbourne semalam.
— Gambar AFP GAMBAR serahan Metropolit­an Fire Brigade (MFB) menunjukka­n anggota bomba bergegas memadam kebakaran selepas sebuah pesawat ringan meletup dan merempuh pusat beli-belah di Melbourne semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia