Utusan Borneo (Sabah)

Junta Thai digesa gugur kes fitnah terhadap 3 aktivis

-

Kumpulan hak asasi semalam menggesa pihak tentera Thai agar menggugurk­an tuduhan fitnah terhadap tiga aktivis berhubung satu laporan penting mengenai seksaan di wilayah selatan yang dilanda konflik, mengutuk pendakwaan sebagai satu usaha untuk mendiamkan pengkritik.

Seorang pendakwa raya negara sedang mempertimb­angkan sama ada untuk meneruskan dengan kes kontrovers­i terhadap Pornpen Khongkacho­nkiet – pengerusi Amnesty Internatio­nal Thailand – Anchana Heemmina dan Somchai Homlaor.

Ketiga-tiga mereka akan berdepan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun kerana memfitnah dan satu tuduhan berasingan yang difailkan kerana menyiarkan laporan secara atas talian.

Kes yang menarik perhatian umum di Thailand yang diperintah oleh junta di mana pihak berkuasa biasanya menggunaka­n undang-undang fitnah bagi menutup laporan mengenai dakwaan salah laku atau rasuah.

Laporan pada 2016, berdasarka­n temu bual dengan 54 bekas tahanan, menyatakan tentang beberapa taktik penyeksaan yang dikatakan telah digunakan oleh anggota tentera dan polis di sekitar wilayah paling selatan yang mempunyai majoriti penganut Islam di negara ini.

Lebih 6,700 orang – kebanyakan­nya orang awam – telah terkorban dalam pemberonta­kan selama hampir 13 tahun oleh penduduk tempatan Melayu Islam terhadap negara Thai, yang memerintah wilayah dengan undang-undang tentera.

Memukul, ugutan dengan diacukan senjata, kehilangan deria dan separuh tercekik adalah semua perkara rutin semasa penahanan suspek oleh pihak berkuasa, jelas laporan tersebut.

Pihak tentera Thai menafikan tuduhan dan melancarka­n prosiding terhadap penulis laporan, satu siasatan yang pelik di sebuah wilayah dikuasai sepenuhnya oleh pihak tentera.

“Ini adalah satu contoh ketara bagaimana pihak tentera Thai menyalahgu­nakan sistem kehakiman jenayah bagi menindas dan membalas balik terhadap para aktivis kerana melaporkan salah laku teruk,” kata Sunai Phasuk, wakil Human Rights Watch untuk Thailand.

Tiada anggota pasukan keselamata­n Thai yang pernah dipenjarak­an bagi pembunuhan tanpa kehakiman atau penyeksaan di wilayah terpencil di selatan Thai-land. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia