Utusan Borneo (Sabah)

11 pusat komuniti Yahudi di AS terima ugutan bom palsu

-

Sekurangku­rangnya 11 pusat komuniti Yahudi di sekitar Amerika Syarikat (AS) menerima ugutan bom yang membawa kepada pengosonga­n kelmarin, dalam gelombang terbaharu serangan sebegitu sejak Donald Trump menjadi presiden sejak sebulan lepas.

Ugutan terbaharu melalui panggilan telefon, di 11 kawasan berasingan, membawa kepada 69 jumlah keseluruha­n insiden sebegitu – di 54 pusat komuniti Yahudi di 27 negeri AS dan sebuah wilayah Kanada, menurut Pertubuhan JCC di Amerika Utara.

Bagaimanap­un, ia memberi amaran, semua ugutan bom yang dilakukan kelmarin, termasuk tiga lagi pada tarikh berikut - 9 , 18 dan 31 Januari – telah didapati sebagai penipuan, dan semua pusat komuniti yang disasar meneruskan operasi seperti biasa.

Biro Penyiasata­n Persekutua­n (FBI) dan Bahagian Hak Asasi Sivil di Jabatan Kehakiman dikatakan sedang menyiasat insiden tersebut.

Sementara itu, media tempatan melaporkan lebih 100 batu nisan rosak di sebuah tanah perkuburan Yahudi di St Louis, Missouri.

“Sepanjang hujung minggu lepas, orang yang tidak dikenali melanggar beberapa batu nisan peringatan di dalam kawasan perkuburan,” kata polis University City dalam satu kenyataan.

Kakitangan polis menolak untuk mengesahka­n bilangan batu nisan yang dirosakkan di Tanah Perkuburan Chesed Shel Emeth ketika mereka meneliti video pengawasan di kawasan tersebut dan beberapa kedai berhampira­n untuk siasatan yang sedang dilakukan.

Pusat Perundanga­n Kemiskinan Selatan, yang mengesan kegiatan ekstremism­e, menyatakan dalam laporan terbaharu bahawa bilangan kumpulan pembenci telah bertambah dan sekarang pada ketinggian yang hampir mencecah sejarah, mengaitkan ia dengan peningkata­n dalam “populisme sayap kanan” semasa pilihan raya presiden sengit yang “mengejutka­n pihak radikal kanan” dan akhirnya mengundi Trump.

Pentadbira­n Trump mengecam insiden terbaharu itu.

“Kebencian dan keganasan bermotifka­n kebencian dalam apa sahaja bentuk tidak mempunyai tempat di sebuah negara yang diasaskan dengan janji bagi kebebasan individu,” kata seorang pegawai kanan pentadbira­n.

“Presiden menyatakan dengan amat jelas bahawa tindakan ini tidak dapat diterima.”

Anak perempuan Trump Ivanka, seorang yang menganut kepercayaa­n Yahudi dan memainkan peranan ketara dalam pentadbira­n baharu Trump bersama suaminya Jared Kushner, telah dengan segera mengecam ugutan bom di pusat komuniti Yahudi.

“Amerika adalah sebuah negara yang dibina di atas prinsip toleransi agama. Kita harus melindungi rumah ibadat dan pusat keagamaan kita. #JCC,” tulis beliau dalam Twitter.

Pertubuhan JCC di Amerika Utara, berikrar ia “tidak akan dilemahkan dengan ugutan yang bertujuan untuk mengganggu kehidupan orang atau peranan penting dimainkan oleh pusat komuniti Yahudi sebagai tempat perhimpuna­n, sekolah, kem dan pusat kesihatan dan rekreasi.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia