Utusan Borneo (Sabah)

Brahim’s perluas produk di Sarawak

Pelbagai jenis sos dan varian pilihan nasi sedia dimakan diperkenal­kan

-

KUCHING: Brahim’s Dewina Holdings Sdn Bhd, satu nama yang terkemuka dalam industri pembuatan makanan halal Malaysia dan katering perindustr­ian, memperluas­kan rangkaian produk-produk di Sarawak.

Kuching menjadi bandar raya pertama di negeri ini bagi kemasukan produk Brahim’s di pasaran, di mana sebanyak lapan jenis sos masakan sedia dimasak dan beberapa varian pilihan nasi sedia dimakan (Ready To Eat) diperkenal­kan.

Sos masakan itu adalah Kuah Kari Ikan, Kuah Kari Daging, Kuah Rendang, Kuah Asam Pedas, Kuah Korma, Kuah Sambal Tumis, Kuah Masak Lemak, Kuah Ayam Madu manakala bagi nasi sedia dimakan adalah seperti Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ikan Masin dan Nasi Arab Kambing.

Pengurus Pemasaran dan Jualan Dewina Trading Sdn Bhd Mohamad Fazil Othman berkata, meskipun produk Brahim’s bukan produk baharu di negeri ini, namun rangkaian produknya adalah terhad.

“Kami pada masa lalu menerima banyak pertanyaan dari pengguna di Sarawak melalui media sosial dan laman web di mana untuk mendapatka­n produk-produk kami.

“Pelancaran semula ini akan memudahkan para pengguna untuk mendapatka­n produk-produk kami,” katanya pada Pelancaran Sos Sedia di Masak Brahim’s di sebuah hotel terkemuka, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Komunikasi Dewina Holdings Sdn Bhd Azizah Wahid dan wakil Auric Chun Yip Sdn Bhd selaku pengedar, Kelvin Chew Teck Hock.

Beliau berkata, Brahim’s juga kini mengambil pendekatan agresif apabila turut memperluas­kan produk bukan sahaja di Sarawak, tetapi Sabah dan Brunei Darussalam juga.

Brahim’s, dengan kepakaran utama dan keupayaan dalam industri makanan, memaparkan komitmen mendalam bagi menawarkan produk pembungkus­an makanan terbaik, yang paling relevan dan inovatif kepada pelbagai pengguna di Sarawak.

Produk-produk itu boleh didapati di 29 pasar raya di Sarawak dan pasar raya berantai terpilih adalah Kumpulan Choice, Servay Hypermarke­t, Pasar Raya Ta Kiong, Emart, Wan Jia Department­al Store, Kumpulan Upwell, Pasar Raya Ting & Ting, Pasar Raya Farley, Kumpulan Everrise, Kumpulan H&L, Pasar Raya Elli, Golden Dragon City dan CS Mini Market.

Sos-sos sedia dimasak Brahim’s akan dijual pada harga RM6.20 hingga RM6.50 manakala nasi sedia di makan, RM10 hingga RM16.

“Pelancaran­semulainia­kanmemudah­kan para pengguna untuk mendapatka­n produkprod­uk kami, MOHAMAD FAZIL OTHMAN Pengurus Pemasaran dan Jualan Dewina Trading Sdn Bhd

 ??  ?? (Gambar atas) FAZIL (kiri) dan Azizah (kanan) menunjukka­n produkprod­uk Brahim’s sambil disaksikan Chew (tengah).
(Gambar kiri) WARTAWAN The Borneo Post, Jude Toyad (tengah) menerima penerangan cara-cara menggunaka­n sos Kuah Kari Ikan dari Fazil (kiri)...
(Gambar atas) FAZIL (kiri) dan Azizah (kanan) menunjukka­n produkprod­uk Brahim’s sambil disaksikan Chew (tengah). (Gambar kiri) WARTAWAN The Borneo Post, Jude Toyad (tengah) menerima penerangan cara-cara menggunaka­n sos Kuah Kari Ikan dari Fazil (kiri)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia