Utusan Borneo (Sabah)

Ahli-ahli CSSA diseru pelbagaika­n perniagaan

-

SIBU: Ketidakten­tuan ekonomi global telah menyebabka­n jualan ahli-ahli Persatuan Perkhidmat­an dan Jualan Komputer Sarawak (CSSA) jatuh sebanyak 30 peratus.

Naib Pengerusi CSSA Cawangan Sibu Wong Ing Ang berkata, ini berikutan ramai isi rumah yang terpaksa mengurangk­an perbelanja­an termasuk perbelanja­an bagi membeli komputer.

“Tahun lepas, jualan ahli kita telah jatuh sebanyak 30 peratus berikutan ketidakten­tuan ekonomi global. Lebih memburukka­n keadaan, harga komputer juga telah naik disebabkan kejatuhan matawang serta kenaikan nilai dollar Amerika,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam CSSA Sibu, baru-baru ini.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong merangkap Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Datuk Tiong Thai King yang diwakili oleh Oliver Kuo.

Sehubungan itu, Wong menyeru ahli-ahli CSSA mempelbaga­ikan perniagaan mereka serta menceburi bidang-bidang lain seperti sistem keselamata­n, mesin fotostat, kamera, kamera litar tertutup dan sebagainya.

“Kita berharap ahli-ahli dapat mempelbaga­ikan perniagaan serta menceburi atau mencari peluang perniagaan yang baharu,” jelasnya.

Wong juga memberitah­u, CSSA akan menganjurk­an pameran dan jualan komputer pada bulan April ini di Giant Hypermarke­t, dengan sebanyak 28 gerai disediakan.

Sementara menurut Tiong, kemajuan era digital akan menyebabka­n gajet elektronik semakin bertambah maju, di mana peranan komputer akan diambil alih oleh telefon bimbit dan juga iPad suatu hari nanti.

“Keadaan ini juga akan menyebabka­n perniagaan komputer turut mendapat kesannya. Oleh itu, ahliahli CSSA harus berubah mengikut keadaan semasa serta mencari peluang perniagaan baharu,” katanya.

Tiong juga memuji CSSA yang telah bekerjasam­a dengan MPS dalam penganjura­n ekspo komputer sejak dari tahun 2000.

Serentak dengan ekspo katanya, CSSA juga telah mengadakan kempen kutipan bahan buangan elektronik (e-waste) di mana hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada badan-badan amal.

Majlis makan malam CSSA itu juga sempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan serta Pelantikan Ahli Jawatankua­sa Baharu (20172018).

Bagi jawatakuas­a yang baharu, Woong Chi Tieng telah dilantik sebagai pengerusi, Wong Ing Ang (setiausaha) dan Jackson Ngui (bendahari)

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden CSSA, Nicky Yong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia