Utusan Borneo (Sabah)

MFA sasar transaksi bernilai RM370 juta pada FIM 2017

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarka­n nilai transaksi sebanyak RM370 juta pada Pameran dan Persidanga­n Francais Antarabang­sa Malaysia (FIM) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Naib Pengerusin­ya Izham Hakimi Hamdi berkata kira-kira seramai 10,000 orang dijangka akan menghadiri acara itu yang diadakan selama tiga hari bermula 12 Mei ini.

Katanya pada tahun lepas, FIM mencatatka­n nilai jualan yang sama dipacu oleh francais bagi industri makanan dan minuman, perkhidmat­an dan pendidikan.

“Kita akan terus mengekalka­n momentum pertumbuha­n industri ini walaupun berlaku kelembapan ekonomi semasa.

“Kita percaya industri ini akan terus berkembang kukuh,” katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai FIM 2017 semalam.

Pameran anjuran Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an bersama MFA itu terbuka kepada semua penggiat francais yang bertujuan untuk mempromosi­kan perniagaan mereka.

FIM yang turut mendapat pengiktira­fan daripada badan francais dunia seperti Majlis Francais Dunia (WFC), berjaya menarik penyertaan jenama francais antarabang­sa termasuk dari Amerika Syarikat, China, Filipina, Korea Selatan dan Kanada.

Setakat ini, katanya sebanyak 60 peratus daripada 118 ruang pameran telah ditempah, iaitu 45 peratus daripadany­a merupakan francais tempatan dan selebihnya francais antarabang­sa.

Antara jenama tempatan yang telah mengesahka­n penyertaan mereka termasukla­h ‘The Manhattan Fish Market’, ‘Teh Tarik Place’, ‘Smart Reader Kids’, ‘Daily Fresh’ dan ‘Coolblog’.

Terdapat 845 syarikat francais berdaftar di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 27 peratus atau 225 francais merupakan francais Bumiputera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia