Utusan Borneo (Sabah)

SME Corp sedia modal untuk usahawan belia

Belia berusia 18 sehingga 30 tahun boleh dapatkan bantuan pembayaran balik RM15,000

-

KUCHING: Pihak SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) Sarawak menyediaka­n bantuan pembayaran balik RM15,000 untuk permulaan modal bagi usahawan belia berusia 18 sehingga 30 tahun di negeri ini.

Menurut Pembantu Eksekutif SME Corp Sarawak, Rachel Ali ia bagaimanap­un menetapkan beberapa syarat bagi golongan usahawan muda yang benarbenar serius di dalam bidang tersebut.

“Pihak kami sebelum ini telah menjalanka­n kursus Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBB) untuk tiga kali di bahagian Sibu dan Lundu dengan peserta terhad seramai 50 orang bagi setiap kali kemasukan.

“Rata-rata mereka yang menerima pembayaran balik sebanyak RM15,000 menerusi geran SME Corp Sarawak melalui jaminan kejayaan dalam pelbagai perniagaan yang telah diceburi mereka,” katanya ketika ditemui mewakili Pengarah SME Corp pada pelancaran Kedai Pertama Thirst Smoothies and Milkshake Bar di sini kelmarin.

Katanya lagi, mereka yang berminat perlu melayari laman sesawang pihaknya dan akan diberikan ujian ‘Psychometr­ic’ seterusnya jika berjaya akan dipanggil untuk sesi temu duga dan nama akan disenaraip­endekkan kepada 50 peserta bagi mengikuti kursus.

Kursus biasanya akan dijalankan dalam kem bagi menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang peserta iaitu tiga minggu dalam kem dan seterusnya seminggu dalam bilik darjah untuk mempelajar­i Ringkasan Perniagaan yang dijalankan oleh sama ada agensi atau insitusi pengajian tinggi.

Setakat ini, pihak SME Corp Sarawak telah menjalanka­n tiga sesi TUBB dan dijangka TUBB 4.0 akan diadakan pada bulan Julai akan datang di dalam kawasan Kuching.

Menerusiny­a juga seramai 80 peratus usahawan belia telah dilahirkan walaupun terdapat kebarangka­lian yang gagal mengusahak­an perniagaan yang diidami mereka.

“Bagi 20 peratus yang kurang memuaskan dalam bidang perniagaan, kita akan keluarkan satu surat untuk menyaranka­n mereka agar membuka lagi perniagaan.

“Tetapi jika pihak kami tidak mendapat sebarang maklum balas kita akan meminta mereka untuk membayar mungkin dalam kadar RM7,500 daripada RM15,000,” tambahnya.

Namun begitu, masih sukar bagi peserta TUBB di Sarawak dan Sabah untuk mendapatka­n lesen perniagaan daripada pihak PBT disebabkan syarat ketat yang memerlukka­n mereka mendapatka­n premis terlebih dahulu sebelum memohon lesen tersebut.

Ini kerana, Sabah dan Sarawak tidak membenarka­n perniagaan yang beroperasi di rumah, tegasnya lagi.

Pembayaran balik daripada pihak SME Corp Sarawak juga hanya mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan selepas usahawan beroperasi sepenuhnya.

Pihak SME Corp turut menjangkau sehingga ke MARA untuk mencari golongan belia yang mempunyai kemahiran dan minat dalam bidang keusahawan­an seperti jahitan, dandanan dan sebagainya.

Peluang terbuka sama rata bagi kaum wanita dan lelaki, jelasnya lagi.

“Pihak

kami sebelum ini telah menjalanka­n kursus Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBB) untuk tiga kali di bahagian Sibu dan Lundu dengan peserta terhad seramai 50 orang bagi setiap kali kemasukan. RACHEL ALI Pembantu Eksekutif SME Corp Sarawak

 ??  ?? RACHEL (kanan) bersama pemilik Thirst Smoothies and Milkshake Bar berdekatan Bangunan Mahkamah Lama, Izuwan Rabaie.
RACHEL (kanan) bersama pemilik Thirst Smoothies and Milkshake Bar berdekatan Bangunan Mahkamah Lama, Izuwan Rabaie.
 ??  ?? RACHEL
RACHEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia