Utusan Borneo (Sabah)

Nilai eksport produk makanan diproses hampir cecah RM20 bilion tahun lepas

-

IPOH: Nilai eksport produk makanan diproses meningkat kepada RM19.9 bilion pada tahun lepas berbanding RM18.01 bilion pada 2015, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata antara produk makanan diproses ialah kopi, sos, koko, biskut dan marjerin.

“White Coffee antara produk yang memberi impak positif apabila ia mendapat sambutan yang baik daripada negara luar dengan nilai eksportnya mencecah RM1.2 bilion pada tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas melawat Chek Hup Holdings Sdn Bhd di sini kelmarin.

Katanya nilai eksport yang meningkat itu akan membantu menjana pendapatan syarikat pengeluar produk makanan tempatan sekali gus mengukuhka­n kewangan dan kestabilan ekonomi negara.

Beliau berkata bagi meningkatk­an eksport produk makanan yang diproses, bekalan yang konsisten amat penting untuk mengekalka­n reputasi dalam sektor yang amat kompetitif.

Selain itu, katanya menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n untuk menghasilk­an produk dengan kualiti tinggi.

Chua berkata pihaknya melawat syarikat-syarikat pengeluar makanan untuk memberi bimbingan, sokongan dan mempromosi pinjaman bagi membantu mereka meningkatk­an pengeluara­n dan mengekspor­tnya ke luar negara.

Katanya penting bagi pihaknya untuk terus memberi penerangan mengenai peranan dan bantuan yang diberikan oleh kementeria­n dalam membantu usahawan tempatan khususnya yang baharu untuk menjalanka­n perniagaan.

“Saya lihat ada lagi syarikat yang tidak tahu mengenai peranan MIDF, MATRADE dan SME Corp kerana saya pernah membuat lawatan (syarikat), mereka tidak tahu untuk eksport mereka perlu berjumpa MATRADE dan untuk mendapatka­n pinjaman, boleh melalui MIDF,” katanya.

Chua berkata sejak penubuhan MIDF pada 1960, agensi itu telah membantu hampir 10,000 syarikat membabitka­n jumlah pinjaman RM13.5 bilion di seluruh negara, dan RM800 juta daripadany­a melibatkan 770 syarikat di Perak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia