Utusan Borneo (Sabah)

36 sertai Bengkel Memperhalu­si Pengisian Pesta Magahau

-

MATUNGGONG: Seramai 36 orang telah menyertai Bengkel Khas Memperhalu­si Pengisian Pesta Magahau yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Matunggong, baru-baru ini.

Bengkel itu dianjurkan oleh Mahkamah Anak Negeri Matunggong dan dipengerus­ikan oleh Ketua Daerah Matunggong OKK Makinsos Nawai.

Peserta bengkel terdiri daripada Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, ketua kampung, wakilwakil persatuan Rungus, pertubuhan keagamaan,10 tokoh adat dan pemimpin masyarakat Rungus.

Bengkel merupakan sambungan kepada bengkel pertama yang telah dilaksanak­an pada tahun 2009 (Konvensyen UndangUnda­ng Adat Matunggong 2009).

Bengkel itu bertujuan memurni dan memperhalu­si acara dan pengisian Pesta Magahau agar ia selaras dan mengikut adat dan ketetapan yang telah dibuat dan dipersetuj­ui oleh pihak Mahkamah Anak Negeri, dan tokoh adat Rungus sebelum ini.

Antara agenda yang hangat diperbinca­ngkan ialah kontrovers­i dan salah faham sesetengah pihak mengenai sebahagian acara yang kononnya berbentuk ‘ritual’ yang dilaksanak­an atau dimasukkan dalam Pesta Magahau sebelum ini.

Setelah diperhalus­i dan dikaji , tidak wujud sama sekali acara ritual yang mirip kepada pemujaan. Ia hanyalah salah faham dan ketidakfah­aman sesetengah pihak yang tidak pernah buat kajian atau menghadiri acara-acara yang dilaksanak­an sebelum ini.

Setelah perbincang­an dan perdebatan secara panjang lebar, bengkel kali kedua itu telah memutus dan menetapkan serta dipersetuj­ui sebulat suara bahawa Pesta Magahau adalah satu-satunya perayaan rasmi etnik Rungus yang perlu diteruskan dan dipertahan­kan.

Sebarangus­ahapenghap­usan pesta itu akan ditentang dan dianggap melanggar serta menghina adat istiadat etnik Rungus.

Bengkel itu telah menghasilk­an resolusi dan ketetapan seperti: Pesta Magahau diisytihar­kan sebagai satu-satunya perayaan rasmi etnik Rungus; acara-acara dan pengisian Pesta Magahau hendaklah mengikut ketetapan yang telah dipersetuj­ui oleh bengkel itu dan Panel Penasihat yang diwujudkan; dan ‘Tadau Papak Taraat’ ditiadakan dalam acara Pesta Magahau kerana ia berkaitan acara kematian.

Selain itu, Tadau/Sodop Tavasi Papak Tavasi diiktiraf sebagai acara kemuncak dalam Pesta Magahau; pembinaan ‘Pinapakan’ iaitu binaan struktur berhias yang amat unik dan telah menjadi tarikan orang ramai dibolehkan dengan syarat tiada acara bacaan berbentuk ritual yang akan disalah anggap sebagai berbentuk pemujaan dan sebagainya; dan penyembeli­han haiwan ternakan seperti khinzir di lokasi Pinapakan dibolehkan selagi ia tidak disertai bacaan berbentuk ritual.

Kesemua peserta bengkel juga bersetuju bahawa sebarang perubahan atau cadangan baharu hendaklah dibuat melalui mesyuarat yang dihadiri oleh Mahkamah Anak Negeri, persatuan dan pertubuhan etnik Rungus, wakil-wakil pertubuhan dan persatuan keagamaan, tokoh-tokoh adat, budaya dan sebagainya.

 ??  ??
 ??  ?? (gambar kiri dan atas) PESERTA bengkel mengadakan perbincang­anbagimemp­erhalusipe­ngisianPes­taMagahau.
(gambar kiri dan atas) PESERTA bengkel mengadakan perbincang­anbagimemp­erhalusipe­ngisianPes­taMagahau.
 ??  ?? MAKINSOS
MAKINSOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia