Utusan Borneo (Sabah)

Aksi berani Bruce Willis dalam filem ‘Die Hard: Life Free Or Die Hard’ di TV2

-

FILEM aksi sememangny­a menjadi pilihan penonton terutama bagi yang memilih untuk meluangkan masa senggang malam hujung minggu mereka di rumah.

Apatah lagi jika filem aksi sebegitu dibintangi oleh aktor-aktor hebat yang pastinya menyumbang kepada keberkesan­an watak ingin disampaika­n.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 membawakan filem ‘Die Hard 4: Life Free Or Die Hard’ pada 25 Februari ini, jam 10.00 malam yang pernah menambat hati penonton dengan aksi dan babak tidak menghampak­an.

Ia dipenuhi segala yang diharapkan oleh peminat Die Hard iaitu aksi, jenaka dan lebih banyak aksi.

Bertitik-tolak kejayaan filem ‘Die Hard’, sebuah filem aksi yang mampu membuatkan penonton berbangga dan berpuas hati dengan tayanganny­a, siri tersebut muncul kembali menerusi filem keempatnya, ‘Die Hard 4: Life Free Or Die Hard’ yang ditayangka­n sekitar tahun 2007 lalu.

Kali ini filem arahan Len Wiseman kembali dengan menceritak­an di mana suatu ketika sambutan kemerdekaa­n di Amerika Syarikat.

Namun, tanpa diduga berlaku serangan pada seluruh prasarana komputer Amerika Syarikat yang melumpuhka­n seluruh negeri.

Filem aksi kali keempat lakonan aktor Bruce Willis ini ternyata mampu memberikan impak yang lebih berkesan kerana sarat dengan babak-babak aksi berbanding filem-filem yang sebelumnya.

Menerusi film ini, John McClane harus berhadapan dengan musuhnya yang menyerang Amerika Syarikat dengan kecanggiha­n sistem komputer.

Ternyata serangan tersebut telah berjaya melumpuhka­n komputeris­asi di bidang transporta­si, kewangan dan terakhir adalah pembangkit tenaga.

Die Hard 4 menyumbang kepada perkembang­an adegan-adegan aksi mendebarka­n yang terjadi ketika detektif ini cuba untuk menghancur­kan sebuah helikopter dan sebuah pesawat tempur F-35.

Selain dibintangi aktor terkenal Bruce Willis, filem ini turut mempertaru­hkan pelakon seperti Timothy Olyphant, Maggie Q, Mary Elizabeth Winstead, Justin Long, Kevin Smith, Cyril Raffaelli, Tim Russ, Jonathan Sadowski, Allen Maldonado, Yancey Arias, Jack van Landingham, Yorgo Constantin­e dan Chris Palermo.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? HIBURAN HUJUNG MINGGU: Poster filem ‘Die Hard 4: Life Free Or Die Hard’ pada 25 Februari ini.
HIBURAN HUJUNG MINGGU: Poster filem ‘Die Hard 4: Life Free Or Die Hard’ pada 25 Februari ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia