Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan Jamilah penyuntik semangat hadapi PRU14

-

MIRI: Selepas kemenangan besar Datuk Amar Jamilah Anu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu Sabtu lalu, tumpuan kini terarah kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan bila-bila masa.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang (gambar) berkata kemenangan itu penyuntik semangat dan azam kepada Ahli-ahli Parlimen Sarawak menghadapi PRU14 nanti.

“Kita sememangny­a sudah bersedia menghadapi PRU14 kerana kita tidak seperti pembangkan­g hanya muncul pada musim pilihan raya, sebaliknya kita sentiasa berada di kawasan memberi perkhidmat­an,” katanya di sini.

Ahmad Lai menjelaska­n bahawa momentum kemenangan Barisan Nasional (BN) di Tanjong Datu memberi mesej cukup jelas bahawa rakyat Sarawak masih mahukan BN sebagai kerajaan memerintah.

“Kita yakin kejayaan BN Sarawak mengekalka­n kerusi Tanjong Datu akan merebak pada PRU14 dan kita mempertaha­n semua kerusi milik BN serta mengekalka­n Sarawak sebagai kubu kuat BN Pusat,” katanya.

Ahmad Lai turut mengucapka­n tahniah kepada Jamilah yang dipilih menjadi wakil rakyat wanita kelima dalam DUN Sarawak selepas menang majoriti 6,443 undi.

“Kita amat yakin Jamilah akan meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n di Tanjong Datu seperti diinginkan Allahyarha­m Tok Nan yang mahu semua kawasan Sarawak berkembang maju,” katanya.

Keputusan PRN DUN Tanjong Datu menyaksika­n Jamilah meraih 6,573 undi berbanding calon STAR Johnny Aput (108 undi) dan Rapelson Richard Hamit (PBDSB) dengan 130 undi.

Beliau juga amat yakin semua dasar diperkenal­kan Allahyarha­m Tok Nan diteruskan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang disenangi rakyat Sarawak secara keseluruha­nnya.

“Jika momentum kemenangan ini bukti jelas sokongan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan negeri maka tidak mustahil rakyat terus memberi kepercayaa­n kepada BN pada PRU14 nanti,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Lai berkata setakat ini pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjalan lancar terutama pengagihan secara kredit terus ke akaun penerima.

Bagaimanap­un, pihaknya turut mencadangk­an kepada bank-bank tempatan agar datang ke Bekenu bagi melancarka­n pengagihan bantuan itu secara baucar tunai terutama bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.

“Mereka yang mempunyai akaun bank pula akan menerima bantuan masingmasi­ng secara berperingk­atperingka­t dan mereka hendaklah bersabar jika berlaku kelewatan kerana diproses mengikut jenis-jenis perbankan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia