Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terbaik Asia Tenggara

-

LIMBANG: Kejayaan dan kepakaran dimiliki Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika memadam dan menyelamat pelbagai situasi cemas di negara ini menjadikan mereka antara jabatan terbaik di Asia Tenggara.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata peranan dan tugas anggota bomba semakin mencabar dan merentasi sempadan negara ini.

Menurutnya, tugas bomba dan penyelamat tidak sekadar tertumpu kepada kerja-kerja memadam kebakaran atau menyelamat mangsa terlibat bencana.

“Peranan JBPM kini bukan lagi sekadar mengetuai operasi memadam kebakaran tetapi meliputi semua tugas menyelamat.

“Justeru, jabatan ini perlu berusaha meningkatk­an tahap kecekapan dan kemahiran bagi memastikan setiap tugasan khususnya membabitka­n kerja-kerja menyelamat dan memadam dapat dilaksanak­an dengan baik,” katanya pada Malam Apresiasi Zon Tujuh JBPM Limbang di sini malam Ahad.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Edmund Dmahai Amboh, Timbalan Penguasa Bomba Limbang Ahmad Naufal Abdullah, Ketua Unit Penyiasata­n Kebakaran Zon Tujuh Awang Farbu Awang Abdul Hamid, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Husin dan Penolong Penguasa Bomba Azman Ibrahim.

Hasbi berkata, tugas bomba kini berada di luar bidang kelaziman dan adalah penting untuk mereka memiliki latihan serta kemahiran terkini ketika melakukan misi menyelamat.

Jelasnya, kemahiran perlu bagi meningkatk­an keupayaan diri seseorang anggota bomba serta keyakinan masyarakat selain melonjakka­n imej JBPM.

“Penubuhan stesen bomba mini Kelas D di simpang Medamit dan Batu Danau amat diperlukan bagi mempercepa­tkan kerja-kerja memadam kebakaran di pedalaman dan rumah panjang.

“Permohonan membina balai omba mini di simpang Medamit sudah disuarakan kepada kerajaan,” jelasnya.

Tambahnya, kemudahan balai bomba mini dapat mempercepa­tkan pemadaman di kawasan pedalaman dan jauh dari pusat bandar tanpa bergantung kepada balai bomba sedia ada.

“Kemudahan sistem pemasangan keselamata­n beberapa rumah panjang di sini sudah dilaksanak­an dan diteruskan tahun ini termasuk di kampung pesisir sungai bagi menangani kes kebakaran di kawasan berkenaan,” katanya.

Mengulas mengenai pili bomba, masyarakat, pemaju perumahan dan penduduk kampung, Hasbi berkata: “Mereka perlu memberi kerjasama kepada Bomba mengemas kini keadaan pili bomba di kawasan masingmasi­ng.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia