Utusan Borneo (Sabah)

Abang Johari teruskan dasar bantu sekolah Cina

-

KUCHING: Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menukar tanah 2,000 hektar sedia ada yang diperuntuk­kan kepada Amanah Kebajikan Sekolah Menengah Persendiri­an Cina Sarawak (AKSMPCS) sebelum ini, kepada sebidang tanah yang mempunyai nilai lebih komersial.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata ini ekoran daripada permohonan yang dibuat oleh lembaga pemegang amanah kepada Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dahulu.

“Adenan meluluskan tanah 2,000 hektar kepada mereka supaya membangunk­an tanah itu untuk memperoleh­i pendapatan yang boleh digunakan untuk menguruska­n sekolahsek­olah Cina.

“Tetapi nampaknya, tanah itu agak jauh dan tidak boleh diakses sehingga mereka telah merayu kepada Tok Nan untuk mendapatka­n tanah baharu dan beliau bersetuju mengenainy­a, sebelum beliau meninggal dunia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-38 Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian serta Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Menurut Abang Johari, Jabatan Tanah dan Survei kini sedang mengenal pasti plot baharu tanah yang lebih kondusif untuk diberikan kepada AKSMPCS untuk dibangunka­n mengikuti kehendak mereka.

“Saya berbincang dengan pengarah Jabatan Tanah dan Survei untuk mencari tanah yang terbaik di mana terdapat infrastruk­tur yang sedia ada di kawasan tersebut dan ini membolehka­n mereka membangunk­an 2,000 hektar dan menjana pendapatan untuk sekolah-sekolah Cina.

“Bagaimanap­un, beliau masih belum memaklumka­n kepada saya di mana tanah baharu ini,” katanya.

Tanah 2,000 hektar mula dijanjikan oleh Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 2010 apabila beliau masih menjadi Ketua Menteri untuk membantu sekolahsek­olah persendiri­an Cina dalam mengurangk­an beban kewangan mereka.

Pada 2014, AKSMPCS menerima surat kelulusan bagi tanah itu yang terletak di antara Kapit dan Baram.

Terdahulu, Abang Johari dalam ucapannya pada majlis itu berjanji untuk tampil dengan formula bagi memastikan sekolahsek­olah Cina di negeri ini akan diberikan sumbangan tahunan daripada kerajaan negeri.

“Apa yang boleh kita lakukan adalah untuk mencari formula di mana saya bersetuju bahawa kami akan memberikan sumbangan tahunan kepada sekolahsek­olah Cina.

“Saya akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin Cina mengenai apa formula yang sesuai bagi kami untuk membantu sekolah-sekolah Cina di negeri ini,” katanya.

Turut hadir isteri Abang Johari, Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian, Konsul Jeneral Republik China di Kuching Fu Ji Jun, Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Sarawak Hii Ted Yun dan Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan & Serian Datuk Richard Wee.

 ??  ?? ABANG Johari bersama tetamu kehormat lain memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-38 Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan & Serian di sebuah hotel di Kuching.
ABANG Johari bersama tetamu kehormat lain memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-38 Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan & Serian di sebuah hotel di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia