Utusan Borneo (Sabah)

Acara padang dan balapan MSSM Ranau berjalan lancar

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Acara padang dan balapan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat daerah di Kompleks Sukan Ranau sejak kelmarin (21 Feb) dan akan berakhir 24 Februari ini berjalan lancar.

Kejohanan kali ke-45 itu melibatkan 636 atlet mewakili 11 sekolah menengah dan 8 zon sekolah rendah disempurna­kan perasmiann­ya oleh Menteri Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat.

Antara 11 sekolah menengah yang mengambil bahagian ialah, SMK Mat Salleh, SMK Lohan, SMK Ranau, SMK Kundasang, SMK Bundu Tuhan, SMK Kemburongo­h, SMK Ulu Sugut, SMK Matupang Jaya, SMK Al-Irsyadiah dan SMK Agama Muhammad Ali.

Manakala 8 zon sekolah rendah terdiri dari Zon Pekan, Zon Kinabalu, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Garas, Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Ulu Sugut.

Selain acara balapan dan padang, kejohanan ini juga mempertand­ingkan acara perbarisan lintas hormat melibatkan semua kontinjen, namun pertanding­an lintas hormat itu tidak dimasukkan dalam kiraan kutipan pingat sebalikany­a hanya sebagai memeriahka­n suasana perasmian kejohanan. Sambil memuji dan mengucapka­n tahniah atas kejayaan jawatankua­sa mengenalik­an kejohanan itu, Siringan menyifatka­nnya sebagai satu program murni dan positif bagi mencungkil bakat para atlet, sekaligus medan pemilihan peserta yang bakal diketengah­kan mewakili daerah, bahagian dan negeri ke peringkat kebangsaan seterusnya peringkat antarabang­sa.

Menurut Siringan, kokurikulu­m amat penting untuk kesihatan fizikal dan mental pelajar tanpa mengetepik­an keperluan bidang kurikulum.

“Jika diusahakan secara bersungguh-sungguh, bidang sukan juga boleh dijadikan salah satu kerjaya bagi menjana pendapatan lumayan,” jelas Siringan.

Turut berucap mewakili jawatankua­sa pengelola ialah Ketua Pegawai Pendidikan daerah Ranau merangkap pengerusi penganjur, Siti Hamni Hashim dan Pengetua SMK Ranau merangkap pengerusi pengelola Barizah.

Setakat artikel ini ditulis kelmarin, pasukan SMK Mat Salleh telah mengutip 2 pingat emas, 1 perak dan mendahului pasukan lain diikuti SMK Lohan (2 emas, 3 gangsa) dan SMK Ulu Sugut meraih 1 perak.

Manakala zon sekolah rendah belum bermula acara yang dipertandi­ngkan.

 ??  ?? MOSTAJAH (kiri) Guru Besar SK Pekan Ranau mewakili Zon Pekan menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Siringan, diperhatik­an Siti Hamni, Barizah dan AJK yang lain.
MOSTAJAH (kiri) Guru Besar SK Pekan Ranau mewakili Zon Pekan menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Siringan, diperhatik­an Siti Hamni, Barizah dan AJK yang lain.
 ??  ?? KONTINJEN Zon Kinabalu melintas hormat.
KONTINJEN Zon Kinabalu melintas hormat.
 ??  ?? PENGETUA SMK Timbua Haji Saridi Ahmad (kiri) menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Siringan.
PENGETUA SMK Timbua Haji Saridi Ahmad (kiri) menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Siringan.
 ??  ?? LAGI pengetua menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Siringan.
LAGI pengetua menerima sijil penghargaa­n disampaika­n Siringan.
 ??  ?? KONTINJEN Zon Timur semasa melntas hormat.
KONTINJEN Zon Timur semasa melntas hormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia