Utusan Borneo (Sabah)

Fantastic 4 juara golf berpasukan Nexus

-

KOTA KINABALU: Fantastic 4 menjuarai Cabaran Golf Antara Pasukan NGRK 2017 yang berakhir di Nexus Golf Resort Karambunai (NGRK) pada Ahad.

Gandingan mantap Fazley Chua, Chua Poh Guan, Safarudin Abidin dan Edmond Tubong mengumpul 117 mata, menerusi tiga keputusan terbaik, untuk mengatasi 22 pasukan lain.

Bagaimanap­un mereka terpaksa melalui Kiraan Semula (OCB) sebelum mengatasi Crown Alliance yang turut mencatat keputusan yang sama 117 mata, tetapi kelebihan handikap lebih baik pada Fantastic 4 memaksa Crown Alliance gandingan Leduin Jordan Mobijohn II, Casper Loh, Alexander Lau dan Leo Guadiel @ Leo Jr sekadar berpuas hati muncul selaku naib johan.

Tempat ketiga disandang oleh Khalid Team gandingan Sharidan Juan Peter, Shariman Juan Peter, Khalid Jikal dan Datu Kaliul TS Kalil yang berjaya mengumpul 115 mata.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaika­n oleh pengarah Operasi Golf NGRK Steven Cheah dengan disaksikan oleh penolong pengurus jualan (pertanding­an) NGRK Montasir Faisal.

Steven ketika ditemui di ibu negeri kelmarin merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian serta kerja keras jawatankua­sa penganjur dalam memastikan kejohanan itu dapat berlangsun­g dengan jayanya.

“Terima kasih kepada semua khususnya kepada pasukan-pasukan dari Negara Brunei Darussalam yang menunjukka­n sokongan padu ke atas pertanding­an ini dengan menghantar tujuh pasukan.

“Terima kasih juga kepada para penaja, F&N yang menaja minuman penambah tenaga Ranger serta Majdma yang menaja minuman BioPine serta Kurnia Insurance yang sudi menaja hadiah Pukulan Selubang berupa wang tunai bernilai RM10,000,” tambah beliau lagi.

-Oleh DESMOND QWEK

 ??  ?? STEVEN Cheah (dari kanan) bersama ahli pasukan Fantastic 4; Chua Poh Guan, Edmond Tubong, Fazley Chua dan Safarudin Abidin serta Montasir Faisal selepas menyampaik­an hadiah juara Cabaran Golf Antara Pasukan NGRK 2017 di NGRK pada Ahad.
STEVEN Cheah (dari kanan) bersama ahli pasukan Fantastic 4; Chua Poh Guan, Edmond Tubong, Fazley Chua dan Safarudin Abidin serta Montasir Faisal selepas menyampaik­an hadiah juara Cabaran Golf Antara Pasukan NGRK 2017 di NGRK pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia