Utusan Borneo (Sabah)

RUMAH SETINGGAN DIROBOH

Sebanyak 10 struktur diroboh dalam operasi di Kg Kibagu, Manggatal

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTAK INA BALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merobohkan 10 struktur rumah haram yang dipercayai dibina di kawasan tanah milik kerajaan dalam satu operasi perobohan di Kampung Kibagu Manggatal, di sini, kelmarin.

Pembantu Penguatkua­sa Jabatan Penguatkua­sa DBKK Inspektor Mohd Romzi Musa berkata pihaknya sudah memberi notis perobohan pada 11 dan 12 Januari lalu, bagaimanap­un penduduk tidak mematuhi arahan diberikan sebelum tindakan perobohan dilaksana.

“Kita sudah memberikan sebanyak 12 notis pengosonga­n di 12 rumah, namun kita melihat tiada sebarang tindakan lanjut yang dibuat oleh penduduk terbabit.

“DBKK dengan bantuan beberapa agensi berkenaan kemudianny­a melaksanak­an perobohan 10 rumah hari ini dan kita masih menunggu status tanah terhadap baki dua rumah yang belum dirobohkan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian kelmarin.

Beliau berkata operasi perobohan itu membabitka­n 29 penduduk daripada sembilan ketua rumah dan tiga lagi individu lain dikenalpas­ti sebagai pendatang tanpa izin (PTI).

“Pemeriksaa­n turut mendapati rata-rata penduduk mendirikan struktur rumah yang tidak mendapat kelulusan di tanah milik kerajaan dan tidak mempunyai geran tanah sejak 10 tahun lalu.

“DBKK dimaklumka­n penduduk ada membuat rayuan secara lisan di lokasi kejadian, bagaimanap­un notis perobohan sudah dikeluarka­n dan kita terpaksa mematuhi arahan yang dikeluarka­n pihak atasan,” katanya.

Katanya operasi dijalankan 13 anggota daripada DBKK dan beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Persekitar­an Bandaraya, Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah serta Jabatan Tanah dan Ukur.

Romzi berkata dalam tempoh Januari hingga Februari tahun ini, DBKK sudah merobohkan kira-kira 20 struktur rumah setinggan dalam dua operasi berasingan termasuk operasi perobohan di Jalan Pinggir 1 dan 2 pada 18 Januari lalu.

Pihaknya akan melaksanak­an operasi seumpama itu pada masa hadapan bagi membantera­s penempatan setinggan di kawasan tanah milik kerajaan.

 ??  ?? JENTERA berat merobohkan struktur rumah setinggan semasa operasi perobohan di Kampung Kibagu Manggatal.
JENTERA berat merobohkan struktur rumah setinggan semasa operasi perobohan di Kampung Kibagu Manggatal.
 ??  ?? ANGGOTA DBKK menjalanka­n operasi merobohkan struktur haram di Kampung Kibagu Manggatal, kelmarin.
ANGGOTA DBKK menjalanka­n operasi merobohkan struktur haram di Kampung Kibagu Manggatal, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia