Utusan Borneo (Sabah)

Umno Silam ikrar pastikan tiga kerusi DUN kekal di bawah BN

-

LAHAD DATU: Umno Bahagian Silam berikrar memastikan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kunak, Lahad Datu dan Tungku serta satu kawasan Parlimen (Silam) kekal di bawah pemerintah­an Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Ketuanya, Mohd Yusof Apdal, berkata berdasarka­n situasi semasa beliau melahirkan keyakinan bahawa BN yang ditunjangi Umno akan memenangi semua kerusi di bahagian Silam.

Beliau berkata demikian selepas menerima lawatan Jawatankua­sa Khas Badan Perhubunga­n Umno Sabah yang diketuai oleh Ketua Penerangan Badan Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad ke Umno Bahagian Silam di Lahad Datu, kelmarin.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Umno Bahagian T awau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Setiausaha Eksekutif Badan Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Kadzim Yahya, Ketua Wanita Umno Silam Mizma Appehdulla­h dan Ketua Puteri Umno Silam Zuraidah Asdain.

Bagaimanap­un, bagi memastikan matlamat itu tercapai, beliau yang juga Adun Lahad Datu berharap maklumat yang disediakan adalah tepat dan tidak berat sebelah bagi memastikan mereka menyapu bersih semua kerusi yang ditandingi pada pilihan raya akan datang.

“Saya rasa, kita sudah bersedia sejak selepas pilihan raya lepas dan bukannya bermusim, kini kita hanya mengemaski­ni persediaan untuk menghadapi pilihan raya, tetapi sokongan dan keyakinan rakyat di Silam masih berada pada tahap tinggi menyokong Barisan Nasional,” katanya.

Pada masa sama, Yusof berterima kasih kepada Badan Perhubunga­n Umno Sabah yang memberikan suntikan idea dalam memperkema­s persediaan Umno Silam menghadapi pilihan raya.

Sementara itu, Sapawi berpuas hati dengan persiapan jentera pilihan raya Umno Zon 6 yang terdiri daripada Umno Kalabakan, Tawau, Semporna dan Silam selepas mengadakan lawatan ke bahagian itu.

Katanya, semangat, gerak kerja dan kesatuan dapat dibuktikan sepanjang lawatan itu dan memberi keyakinan bahawa Umno Zon 6 sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

Menurutnya lawatan itu adalah untuk mengenalpa­sti isu-isu di bahagian masingmasi­ng dan persiapan jentera pilihan raya setiap bahagian dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

 ??  ?? SAPAWI menyerahka­n bendera BN kepada Yusof sempena lawatan ke Umno Bahagian Silam kelmarin.
SAPAWI menyerahka­n bendera BN kepada Yusof sempena lawatan ke Umno Bahagian Silam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia