Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja cedera dibaham buaya

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seorang lelaki cedera dibaham buaya di kolam pertunjuka­n Taman Buaya Batu 8, di sini, pada petang Isnin.

Mangsa berumur 35 tahun itu hampir maut dibaham reptilia seberat 800 kilogram itu di mana dia mengalami kecederaan serius pada bahagian tangan kanan dan kehilangan kaki kanan sehingga paras lutut akibat dibaham buaya jenis tembaga sepanjang 18 kaki.

Menurut sumber sebelum kejadian mangsa yang mengendali­kan bahagian burung di dalam taman buaya terbabit didapati menyelinap masuk ke kawasan kolam berkenaan pada jam 1.45 petang dengan membawa bangkai ayam untuk diberikan pada buaya tembaga itu.

Katanya pihak pengurusan taman terpaksa menempatka­n buaya berusia 60 tahun itu di dalam kolam berkenaan kerana ia sudah nyanyuk dan agresif.

“Buaya tembaga itu sering kali digunakan untuk persembaha­n di kawasan taman ini. Bagaimanap­un sejak setahun lalu, ia tidak lagi muncul dalam persembaha­n kerana mula bertindak ganas dan sukar dikawal.

“Lazimnya, hanya kakitangan taman buaya dibenarkan masuk ke kawasan kolam dan memberi buaya itu makanan sebanyak dua kali seminggu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memberitah­u kumpulan kakitangan taman buaya tersentak apabila terdengar suara mangsa menjerit kesakitan kerana diserang sang bedal.

“Kemungkina­n mangsa diserang kerana mood buaya berkenaan pada ketika itu tidak baik atau terasa terancam,” katanya.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata mangsa mengalami cedera dengan kaki kanan putus atas lutut dan tangan kanan hancur.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan pada jam 3.09 petang mengenai seorang pekerja dibaham buaya di taman berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pekerja sambilan selama enam bulan dan dijangka akan tamat kontrak pada Mac 2017. Mangsa adalah pekerja di bahagian burung sahaja iaitu pelatih pertunjuka­n burung.

“Pada jam 1.34 petang, mangsa dilihat oleh seorang saksi menuju ke bahagian kolam pertunjuka­n buaya sambil membawa bangkai ayam sebagai makanan buaya. Selepas mangsa memberi makan, mangsa kemudian menggosok bahagian hidung buaya yang membuatkan buaya berang lalu membaham mangsa,” katanya.

Azhar berkata saksi yang berada di tempat kejadian bertindak menghalau buaya terbabit kemudian barulah mangsa dilepaskan dari mulut buaya.

Menurutnya pihak Hospital Duchess of Kent (HDOK) menerima panggilan kecemasan pada jam 2.02 petang. Sejurus itu, sebuah ambulan bersama Dr Nadia dan AMO Aizad sampai di tempat kejadian dan membawa mangsa ke HDOK.

Katanya mangsa dalam keadaan kritikal dan ditahan di wad ICU HDOK.

 ??  ?? BUAYA yang dipercayai membaham kaki mangsa.
BUAYA yang dipercayai membaham kaki mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia