Utusan Borneo (Sabah)

Usda pandang serius insiden kesilapan bahasa dalam buku pendidikan

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) memandang serius dengan satu insiden kesilapan bahasa mengikut bangsa di dalam sebuah buku Pendidikan Moral Tahun Satu terbitan oleh sebuah syarikat swasta yang menjadi viral.

Setiausaha Agung Usda Bobbey Lewat (gambar) berkata dalam muka surat 22 buku kerja Pendidikan Moral Tahun Satu, soalan nombor tiga dengan bentuk soalan berbunyi `ucapan terima kasih dalam pelbagai bahasa’, di mana jawapan berkenaan soalan yang diberi berlaku kesilapan bahasa mengikut suku kaum dalam buku bekenaan.

“Sebagai contoh, ‘kotoluadan’ dirujuk sebagai bahasa suku kaum Iban dan bukannya perkataan suku kaum Dusun dan perkataan ‘magsukul’ dirujuk sebagai bahasa suku kaum Kadazan sedangan bahasa Dusun Kadazan adalah sama hanya yang membezakan adalah sebutan dengan mengikut sub etnik masing-masing,” katanya.

Bobbey berkata Usda mencadangk­an agar syarikat pengeluar buku-buku kerja untuk dipasarkan ke sekolah-sekolah supaya melantik atau menubuhkan satu panel khas penilaian bukubuku kerja mengikut SOP yang terdiri daripada pakar-pakar subjek yang dianggotai oleh para pakar berbilang kaum dan mungkin juga dianggotai oleh pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia sebelum dipasarkan ke sekolah-sekolah, supaya tidak timbul kesalahan fakta, ejaan dan sebagainya.

“Permasalah­an seperti ini sudah pasti boleh mengeliruk­an muridmurid sekolah,” katanya.

Beliau juga berkata ada baiknya buku-buku itu dikutip semula dan menggantik­an buku yang sudah melepasi penilaian oleh panel khas yang dilantik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia