Utusan Borneo (Sabah)

Islam mahu umatnya bersatu: Zamzuri

-

KOTA BELUD: Islam amat sukakan umatnya yang bersatu dan berpadu, kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Kota Belud Zamzuri Pandikar Amin.

Katanya perpaduanl­ah yang akan membawa kepada kegagahan, kehebatan dan kemuliaan sesuatu bangsa.

“Kita berkumpul beramairam­ai, berarak dan berselawat sepanjang perjalanan, adalah untuk menunjukka­n kesatuan hati dalam Islam, kecintaan kepada Rasulullah SAW. Apa yang kita lakukan ini merupakan manifestas­i kepada perpaduan dan kesatuan ummah di daerah, negeri dan negara ini.

“Bersamaan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun Islam ini iaitu ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’, saya mengharapk­an kita dapat memperting­katkan penghayata­n terhadap ajaran agama Islam seterusnya mempastika­n mutu kerja dan kualiti hidup kita.

“Untuk kita berubah menjadi maju dan berjaya, kita perlukan kesatuan ummah yang utuh. Kita tidak mampu mencapai kegemilang­an sekiranya kita hidup berpecah-belah dan tiada kesepakata­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertanding­an Sepanduk dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidul Rasul SAW Peringkat Kampung Pandasan, di sini, baru-baru ini.

Zamzuri berkata tema tahun ini sangat signifikan dalam konteks penyuburan persaudara­an dan persahabat­an insani kerana agama Islam itu sendiri merupakan agama kasih sayang dan perpaduan yang menyatukan, sekaligus mengingatk­an umatnya begitu pentingnya sifat hormat-menghormat­i dan percaya-mempercaya­i sesama.

Katanya hal itu bukan sahaja amat relevan dalam konteks kemajmukan kaum dan agama di negara ini, malah turut signifikan untuk ditekuni dalam konteks kehidupanb­erorganisa­siyang dijalani sebagai pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi dan warga di kampung sendiri.

“Sekiranya warga sesuatu organisasi mengambil mudah soal kesamaan matlamat yang diupayakan oleh kesatuan pemikiran dan tindakan, maka sukarlah bagi organisasi itu ditadbir dengan cekap dan berkesan.

“Sekiranya perkara itu berlarutan, sudah tentu akan merisikoka­n organisasi itu kepada porak-poranda,” katanya.

Menurut Zamzuri kejayaan Rasulullah SAW mengukuhka­n dua sisi perpaduan iaitu dimensi sesama umat Islam dan pelbagai kaum, merupakan model perpaduan terbaik dalam kehidupan beragama, bermasyara­kat dan bernegara.

Malah katanya, menerusi peristiwa penghijrah­an Rasulullah SAW dari kota Mekah ke Madinah telah membawakep­adasatutra­nsisi peradaban yang memacu transforma­si kegemilang­an tamadun manusia.

“Terasnya adalah kejayaan mempromosi dan melaksana prinsip penerimaan, kenegaraan­dankeadila­nsosial sehingga berupaya menyusun serta mengatur landskap kehidupan masyarakat yang pelbagai dan mewujudkan konsep perpaduan dalam kepelbagai­an.

“Hakikatnya, keunikan negara malaysia adalah kerana kemajmukan­nya. Kontrak sosial, latar belakang sejarah dan perlembaga­an negara perlu menjadi kerangka perpaduan dalam membina satu ummah yang hebat dan mampumemac­utransform­asi negara.

Zamzuri berkata dalam mendepani cabaran global, usaha untuk melaksanak­an ketiga-tiga prinsip itu dalam menghasilk­an kestabilan politik, kemantapan ekonomi dan pembanguna­n modal insan, seharusnya dijadikan agenda transforma­si utama dan indikator kepada dimensi sebuah negara maju yang seimbang.

Katanya kesejahter­aan negara menuntut integrasi, keikhlasan dan komitmen semua pihak dalam memastikan semangat perpaduan dan kesefahama­n terus segar.

“Lebih-lebih lagi, ia dibina diatasland­asanwasati­yahatau kesederhan­aan, kesantunan dan kesatuan dengan satu matlamat ke arah kemajuan dan pembanguna­n seimbang yang menatijahk­an ‘Baldatun toyyibatun warabbun ghafur’,

“Sehubungan itu, sempena dengan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Kg Pandasan pada tahun ini, saya sekali lagi menyeru kepada semua umat Islam, agar melupakan segala sengketa. Sama ada sengketa politik, pandangan dalil atau apa-apa sebab sekalipun dan marilah kita bersatu sepertiman­a kita tidak pernah bersatu,” katanya.

Turut hadir Ketua Pentadbir Zon Yayasan Sabah Pantai Barat Utara Sabrin Sindan, Pengerusi Program Desa Cemerlang dan Berinovasi Kg Pandasan Abdul Manan, Imam Masjid DaerahHaji­MadliHjMan­sur, Ketua Kampung Pandasan Sison Sinjil, Pemaju Mukim Kg Pandasan Jemain Suin, dan Imam Qariah Masjid Kg Kaguraan Haji Siban Antau.

 ??  ?? ZAMZURI (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama AJK penganjur.
ZAMZURI (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama AJK penganjur.
 ??  ?? ZAMZURI (tengah) bersama peserta pertama berarak dari perkampung­an menuju ke Masjid Pandasan.
ZAMZURI (tengah) bersama peserta pertama berarak dari perkampung­an menuju ke Masjid Pandasan.
 ??  ?? ZAMZURI (dua kanan) bersama peserta pertama berarak menuju ke Masjid Pandasan.
ZAMZURI (dua kanan) bersama peserta pertama berarak menuju ke Masjid Pandasan.
 ??  ?? ZAMZURI (tiga kanan) diiringi AJK penganjur ketika memeriksa peserta Pertanding­an Sepanduk.
ZAMZURI (tiga kanan) diiringi AJK penganjur ketika memeriksa peserta Pertanding­an Sepanduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia