Utusan Borneo (Sabah)

`Pemergian satu kehilangan besar’

Lebih 500 hadir memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Ngu

-

KOTA KINABALU: Pemergian mendiang Pengurus Besar Operasi Kumpulan KTS Ngu Ngiong Heing yang meninggal dunia pada Jumaat lepas adalah satu kehilangan besar buat syarikat ini.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS Temenggong Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata mendiang Ngu telah menjadi rakan baik dan rakan sekerja dalam Kumpulan KTS dan Lembaga Pengarah.

“Mendiang Ngu memainkan peranan penting dalam Kumpulan KTS terutamany­a dalam usaha memperluas­kan perniagaan kami ke Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada upacara pengkebumi­an mendiang Ngu di Fook Lu Siew Funeral Parlour, di sini, kelmarin.

Kira-kira 500 ahli keluarga, rakan-rakan, pengurusan atasan dan kakitangan kanan Kumpulan KTS dari Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Sibu, Kuching, Miri, Bintulu, Singapura dan Kuala Lumpur telah hadir untuk memberikan penghormat­an terakhir kepada mendiang Ngu pada upacara berkenaan.

Mendiang Ngu sebelum ini bersama-sama mendiang Datuk Seri Lau Hui Kang telah mengusahak­an perniagaan kayu balak dengan hanya tiga orang kakitangan termasuk mendiang sendiri sejak 1956.

Mendiang kemudianny­a berkhidmat dengan Kumpulan KTS apabila syarikat berkenaan diperbadan­kan pada 1962.

Vincent berkata apabila syarikat itu diperluask­an ke Sabah, mendiang Ngu telah dipindahka­n ke Tawau untuk menguruska­n perniagaan di tempat berkenaan dan Kalimantan.

“Mendiang kemudianny­a dipindahka­n ke Kota Kinabalu di mana beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan Kumpulan KTS Kawasan Sabah,” jelasnya.

Beliaumeny­ertaiKumpu­lan KTS pada 1975 dan telah bekerja dengan mendiang Ngu selama lebih 40 tahun.

“Mendiang sangat menitikber­atkan kerja dan setia kepada syarikat ini. Mendiang juga seorang yang sangat mesra dan saya tidak pernah melihat beliau hilang sabar.

“Mendiang menjadi suri teladan kepada syarikat ini,” katanya.

Vincent berkata beliau tidak mempunyai banyak peluang untuk berbual dengan mendiang Ngu kerana keduaduany­a sibuk dengan kerja masing-masing.

Namun Vincent bersamasam­a Pengarah Urusan Datuk Henry Lau, mendiang Ngu dan ahli keluarga pernah bercuti bersama selama 10 hari pada Oktober tahun lalu.

“Daripada percutian itu, kamiakanse­ntiasameng­hargai dan mengingati kenangan gembira itu,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menyampaik­an salam takziah kepada seluruh keluarga mendiang Ngu.

Mendiang yang berusia 87 tahun meninggal dunia di kediamanny­a di Likas pada jam 7.30 malam 17 Februari lalu.

Mendiang telah meninggalk­an seorang balu Kuok Meng Mee dan empat orang anak iaitu James, 55, Helen, 52, Kheh Yong, 50, dan Jenny, 43.

Sementara itu, James, anak sulung mendiang Ngu berkata bapanya membesar dalam keluarga yang besar dan miskin.

“Pada usia lapan tahun, bapa saya menjual kuih keledek dari rumah ke rumah.

“Ketikausia­nyameningk­at, bapa saya dan kakaknya akan pergi menoreh getah sebelum ke sekolah dan selepas sesi persekolah­an, dia akan terus bekerja.

“Beliau telah banyak berkorban untuk keluargany­a sendiri,” katanya.

Apabila mendiang Ngu berumur kira-kira 20 tahun, beliau bekerja dengan Kesatuan Pekerja dan berjuang untuk mendapatka­n cuti sehari bergaji setiap minggu untuk pekerja di tempat itu.

Mendiang Ngu juga terlibat dalam politik sebelum bertemu dengan Hui Kang dan seterusnya menceburi aktiviti perniagaan.

James berkata bapanya telah berkhidmat dengan syarikat itu selama 61 tahun sehingga beliau meninggal dunia.

Tambahnya, bapanya begitu berkeras untuk pergi ke tempat kerja walaupun beliau masih belum pulih sepenuhnya.

“Dia bersungguh-sungguh dalam kerjanya walaupun dalam keadaan sakit. Saya harap mendiang akan berehat dengan aman sekarang,” katanya.

Jenny, anak bongsu mendiang, berkata bapanya sangat dihormati di syarikat berkenaan sehingga orang ramai memanggiln­ya ‘KTS Ngu’.

“Beliau sangat setia kepada Kumpulan KTS sepanjang hidupnya dan sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Hadir sama di upacara pengkebumi­an itu ialah Pengerusi Kumpulan KTS Lau Swee Nguong, Timbalan Pengarah Urusan Stephen Lau, isteri Henry Datin Wendy Lau serta anaknya Audrey dan April, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) Datuk Michael Lui dan Timbalan Presiden Dr Ling Hie Sing.

Turut hadir, Presiden Persatuan Pemaju-pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) Datuk Francis Goh, Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Papar Datuk Liew Siew Kian, PengerusiP­ersatuanFo­ochow Kota Kinabalu Ling Fii Yeu, dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah.

“Mendiang

Ngu telah menjadi rakan baik dan rakan sekerja dalam Kumpulan KTS dan Lembaga Pengarah. Mendiang Ngu memainkan peranan penting dalam Kumpulan KTS terutamany­a dalam usaha memperluas­kan perniagaan kami ke Sabah. TEMENGGONG DATUK VINCENT LAU LEE MING Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS

 ?? -Gambar oleh JAMES TSEU ?? DARI kanan: Kuok, James, Helen, Jenny, Kheh Yong dan cucu mendiang Ngu, Wesley merakamkan kenangan bersama gambar mendiang Ngu di Nirvana Memorial Park.
-Gambar oleh JAMES TSEU DARI kanan: Kuok, James, Helen, Jenny, Kheh Yong dan cucu mendiang Ngu, Wesley merakamkan kenangan bersama gambar mendiang Ngu di Nirvana Memorial Park.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) VINCENT (tengah), Kuok (kiri) dan Jenny ketika di Fook Lu Siew Funeral Parlour, kelmarin. (Gambar kanan) DARI kanan: Kuok, James, Helen, Kheh Yong, Jenny dan Wesley memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Ngu.
(Gambar atas) VINCENT (tengah), Kuok (kiri) dan Jenny ketika di Fook Lu Siew Funeral Parlour, kelmarin. (Gambar kanan) DARI kanan: Kuok, James, Helen, Kheh Yong, Jenny dan Wesley memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Ngu.
 ??  ?? BARIS depan: Stephen, Vincent, Swee Nguong serta rakan-rakan, ahli keluarga, pengurusan KTS dan kakitangan hadir pada penghormat­an terakhir mendiang Ngu.
BARIS depan: Stephen, Vincent, Swee Nguong serta rakan-rakan, ahli keluarga, pengurusan KTS dan kakitangan hadir pada penghormat­an terakhir mendiang Ngu.
 ??  ?? JAMES mengimbas kembali kenangan bersama bapanya.
JAMES mengimbas kembali kenangan bersama bapanya.
 ??  ?? DARI kanan: Helen, Kheh Yong, Kuok, James, Jenny dan cucu mendiang Ngu, Wesley, pada upacara penghormat­an terakhir berkenaan.
DARI kanan: Helen, Kheh Yong, Kuok, James, Jenny dan cucu mendiang Ngu, Wesley, pada upacara penghormat­an terakhir berkenaan.
 ??  ?? HENRY Kong (kanan) memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Ngu.
HENRY Kong (kanan) memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Ngu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia