Utusan Borneo (Sabah)

Menceriaka­n insan istimewa

Pelatih Persatuan Bagi OrangOrang Istimewa Labuan teruja terima kehadiran Anding

-

PARA pelatih di pusat Persatuan Bagi OrangOrang Istimewa Labuan (PBOOIL) begitu teruja dan gembira selepas menerima kehadiran artis tempatan Anding Indrawani atau lebih dikenali sebagai Anding AF2, barubaru ini.

Seramai 12 pelatih hadir menyambut ketibaan beliau dan ahli dari Labuan Volunteer Team Society (LVT). Kebanyakan mereka merupakan pelajar sekolah menengah yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan masalah pembelajar­an, manakala seorang daripadany­a mempunyai kurang upaya fizikal.

Semasa lawatan di PBOOIL, Anding dan ahli LVT diketuai oleh penasihatn­ya Dra Wiwik Iswandari Sudirman telah diiringi oleh penyelia pusat, Fatimah Yahya untuk melihat sendiri aktiviti yang dijalankan di pusat itu. Anding bersama rombongan turut meraikan sambutan harijadi untuk pelatihpel­atih PBOOIL.

Semasa lawatan itu, sumbangan cek hasil daripada kutipan derma majlis amal juga turut diserahkan Wiwik kepada Fatimah. Manakala seorang pelatih, Adilla yang berumur 12 tahun telah menyampaik­an sebuah lukisan anime yang telah dilukisnya sendiri kepada Anding sebagai kenangan.

Lawatan ke PBOOIL anjuran LVT itu diadakan sebagai aktiviti tambahan sempena majlis makan amal gala yang telah dianjurkan sebelum itu.

Penganjura­n majlis itu telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM7,600 untuk disumbangk­an kepada PBOOIL bagi membantu pusat itu menjalanka­n aktiviti mereka seperti menganyam, mengaji serta mempelajar­i kemahiran mengira, menulis dan mewarna.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Yunus Haji Kurus juga telah mengumumka­n sumbangan peribadi sebanyak RM2,000 bagi menjadikan jumlah sumbangan kepada PBOOIL adalah sebanyak RM9,600.

Wiwik merakamkan ucapan penghargaa­n kepada semua pihak yang menjayakan majlis makan malam amal itu sekaligus mengisi tabung PBOOIL.

Seramai 12 pelatih hadir menyambut ketibaan beliau dan ahli dari Labuan Volunteer Team Society (LVT). Kebanyakan mereka merupakan pelajar sekolah menengah yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan masalah pembelajar­an, manakala seorang daripadany­a mempunyai kurang upaya fizikal.

 ??  ??
 ??  ?? ANDING beramah mesra dengan warga PBOOIL.
ANDING beramah mesra dengan warga PBOOIL.
 ??  ?? (Gambar atas) WIWIK menyerahka­n sumbangan sebanyak RM7,600 kepada Fatimah (kanan) sambil diperhatik­an oleh Anding, ahli LVT dan warga PBOOIL. (Gambar bawah) FATIMAH (kiri) menerangka­n aktiviti PBOOIL kepada Anding dan ahli LVT.
(Gambar atas) WIWIK menyerahka­n sumbangan sebanyak RM7,600 kepada Fatimah (kanan) sambil diperhatik­an oleh Anding, ahli LVT dan warga PBOOIL. (Gambar bawah) FATIMAH (kiri) menerangka­n aktiviti PBOOIL kepada Anding dan ahli LVT.
 ??  ?? ADILLA menyampaik­an lukisan kepada Anding sebagai kenangan.
ADILLA menyampaik­an lukisan kepada Anding sebagai kenangan.
 ??  ?? ANDING (kanan) meraikan harijadi pelatih PBOOIL.
ANDING (kanan) meraikan harijadi pelatih PBOOIL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia