Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Malam Mesra Bersama Masyarakat Pitas meriah

- Oleh YUSOP TEPPO

program melibatkan masyarakat oleh Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Pitas menjadi agen untuk membantu kerajaan sebagai penggerak aktiviti di luar bandar khususnya golongan belia.

Pengerusi KDCA Pitas Dato Sri Dr Ruddy Awah berkata melalui programpro­gram yang dianjurkan oleh persatuan itu juga menggerakk­an belia untuk menjalanka­n aktiviti yang lebih sihat.

“Belia merupakan generasi yang akan menggerakk­an perubahan dan mencorakka­n hala tuju perjalanan negara.

“Justeru, belia pada hari ini perlu diperkukuh dengan kemantapan minda dan fizikal serta dilengkapi nilai-nilai kehidupan yang tinggi agar generasi masa depan mampu menghadapi cabaran masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Malam Mesra Bersama Masyarakat anjuran Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Pitas di perkaranga­n Dewan 1Malaysia, Kg Bongkol, Pitas pada Ahad lepas.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Presiden Pribumi Sabah dan AJK Bahagian Umno Kudat berharap masyarakat di daerah Pitas khususnya di Kg Bongkol, agar terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

“Saya menyeru kepada masyarakat di sekitar Pitas agar terus memberi sokongan kepada siapa pun wakil rakyat yang akan dipilih oleh pucuk pimpinan bagi kawasan Bengkoka kelak,” katanya.

Sementara itu, pengerusi pelaksana program Jack @Bala berkata antara pengisian program yang diadakan pada majlis itu ialah Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah, pertanding­an karaoke dan sukaneka.

Menurutnya penganjura­n Bola Sepak 9 Sebelah itu akan dianjurkan setiap tahun bagi merebut piala pusingan.

Pada kejohanan itu, johan disandang oleh Telaga FC, diikuti Kelumpang FC di tempat kedua, Legend Jr ketiga dan Friend Kanibungan di tempat keempat.

Manakala penjaring terbanyak dianugerah­kan kepada Sazmi Abd Salam.

Turut hadir di majlis itu, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat kawasan 3 Pitas Jamrah ADO Fairus, Ketua Bahagian PBS Pitas Ng Loi Teck dan Pengerusi Persatuan Sino Pitas Ng Lau Tau.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) SEBAHAGIAN kanak-kanak yang hadir memeriahka­n majlis itu. (Gambar bawah) PENYAMPAIA­N hadiah kepada pasukan Telaga FC yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah.
(Gambar atas) SEBAHAGIAN kanak-kanak yang hadir memeriahka­n majlis itu. (Gambar bawah) PENYAMPAIA­N hadiah kepada pasukan Telaga FC yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah.
 ??  ?? PENGUNJUNG kanak-kanak tertarik dengan persembaha­n tarian singa sambil diperhatik­an Ruddy (bertopi).
PENGUNJUNG kanak-kanak tertarik dengan persembaha­n tarian singa sambil diperhatik­an Ruddy (bertopi).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia