Utusan Borneo (Sabah)

Berdikari dapatkan dana, pendidikan tiket penting ubah kehidupan, kata Zakaria

Saranan kepada MDN bagi pembanguna­n daerah Nabawan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Bobbey Ahfang Suan menyaranka­n Majlis Daerah Nabawan (MDN) agar dapat berdikari untuk mencari dana bagi pembanguna­n daerah berkenaan.

Katanya Majlis Daerah perlu berdikari mendapatka­n kewangan dengan lebih fokus bagi meningkatk­an pendapatan setiap tahun.

Menurut beliau MDN mempunyai peluang terbuka untuk meningkatk­an dana melalui usahasama dengan para pelabur asing atau dalam negeri.

“Saya percaya dengan adanya sikap berdikari tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan, pihak MDN boleh memberikan perkhidmat­an kepada rakyat dengan mempunyai kewangan yang kukuh,” katanya ketika berucap di majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Nabawan sesi 2017/2018 di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Bobbey yang juga Adun Nabawan berkata kekurangan dana menyebabka­n perancanga­n yang dibuat lebih sepuluh tahun lalu tidak dapat dilaksanak­an.

Antaranya, pewujudan pekan baharu di kawasan tanah seluas 200 ekar dalam Skim Nabawan yang diberikan oleh Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan belum lagi terlaksana sehinggala­h hari ini.

“Saya meminta ahli Majlis Daerah supaya membantu MDN bagi mempercepa­tkan pewujudan pekan baharu Nabawan ini.

“Dengan wujudnya pekan baharu ini, kewangan MDN mantap dari segi pendapatan cukai selain kawasan ini begitu strategik yang menjadi laluan utama Kota Kinabalu, Keningau-Kalabakan dan Tawau,” katanya.

Beliau masih menunggu pewujudan pekan baharu itu sejak menjadi Adun Nabawan pada 2004 dan berharap Ahli Majlis Daerah berganding bahu untuk merealisas­ikan pekan baharu itu.

Katanya kelebihan MDN ialah mempunyai aset dan tanah, dan jika ada usaha untuk menambahka­n pendapatan, sudah tentu masalah pembanguna­n di kawasan pekan tidak timbul.

Pada masa yang sama, katanya, ramai peniaga terdiri penduduk tempatan di daerah ini yang memerlukan tempat berniaga yang selesa namun disebabkan kewangan yang begitu terhad, maka MDN masih bergantung kepada kewangan kerajaan negeri dan Persekutua­n untuk membina gerai-gerai perniagaan.

“Sekiranya MDN mempunyai kewangan yang kukuh, ia boleh berfungsi sendiri dengan membina gerai-gerai dan tidak payah lagi bantuan daripada kerajaan dan MDN boleh laksanakan sendiri.

“Mungkin pihak pengurusan MDN terlepas pandang Undang-Undang Kecil mengenai pemasangan iklan yang sepatutnya perlu dibayar oleh pihak tertentu,” katanya.

Bobbey meminta agar pihak pengurusan MDN dapat memastikan penguatkua­saan Undang-Undang Kecil dapat dilaksanak­an dan mengutip cukai jika ada keperluan.

Beliau juga menasihat ahli Majlis Daerah agar tidak memandang ringan terhadap tugas dan tanggungja­wab mereka terutama sekali kehadiran ke mesyuarat amat penting yang mana ahli boleh memberi idea untuk melaksanak­an segala program yang dirancang demi pembanguna­n daerah ini.

“Saya percaya pelantikan ahli-ahli Majlis Daerah adalah lebih mantap untuk membantu pentadbira­n MDN melaksanak­an program-program yang telah dirancang.

“Program-program yang telah dirancang lebih sepuluh tahun lalu perlu dilihat pelaksanaa­nnya dan saya percaya dengan gandingan muka lama dan baharu, pasukan ini dapat mempercepa­tkan lagi pelaksanaa­n program-program yang telah dirancang,” katanya.

Seramai 18 orang termasuk dua muka baharu Ahli Majlis Daerah Nabawan telah mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi MDN Fredian Gan yang turut disaksikan oleh Bobbey dan Pegawai Eksekutif MDN Rizal Maulah.

Mereka terdiri Junilin @ Jubilin Kilan, Ansom Putiang, Ulin Pamiang, Barahim Andipoh, Danny Mantin, Ignatius @Calilxtus Langiton, Wellearnso­n Kunum, Rosly Roslan Asing, Marutin Ansiung, Justin @Juliman Lambirung, Maturin Hasbollah, Jaime Tindakan, Awong Lukap, Busiau Ampirak, Ampalus Robert Sanaron, Ng Nai Yung, Kasmah Aziz dan Lokin @ Veronica Simin sementara dua muka terdiri Jaime Tindakan dan Busiau Ampirak.

Pada majlis itu, Bobbey turut menyampaik­an watikah kepada 18 Ahli Majlis Daerah Nabawan.

Saya percaya dengan adanya sikap berdikari tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan, pihak MDN boleh memberikan perkhidmat­an kepada rakyat dengan mempunyai kewangan yang kukuh. DATUK BOBBEY AHFANG SUAN Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur

 ??  ?? BOBBEY (duduk empat kanan), Fredian (empat kiri) dan Rizal (tiga kiri) bergambar dengan Ahli Majlis Daerah Nabawan sesi 2017/2018 selepas majlis itu pada Isnin.
BOBBEY (duduk empat kanan), Fredian (empat kiri) dan Rizal (tiga kiri) bergambar dengan Ahli Majlis Daerah Nabawan sesi 2017/2018 selepas majlis itu pada Isnin.
 ??  ?? KASMAH Aziz menerima watikah pelantikan sebagai AMDN yang disampaika­n oleh Bobbey. Turut kelihatan Fredian (dua kiri) dan Rizal.
KASMAH Aziz menerima watikah pelantikan sebagai AMDN yang disampaika­n oleh Bobbey. Turut kelihatan Fredian (dua kiri) dan Rizal.
 ??  ?? MARUTIN Ansiung menerima watikah pelantikan sebagai AMDN disampaika­n oleh Bobbey.
MARUTIN Ansiung menerima watikah pelantikan sebagai AMDN disampaika­n oleh Bobbey.
 ??  ?? BOBBEY menyampaik­an watikah pelantikan kepada Ng Nai Yung.
BOBBEY menyampaik­an watikah pelantikan kepada Ng Nai Yung.
 ??  ?? BOBBEY (kiri) menyampaik­an watikah pelantikan kepada Ullin Pamiang. Turut kelihatan Fredian (dua kiri) dan Rizal (tiga kiri).
BOBBEY (kiri) menyampaik­an watikah pelantikan kepada Ullin Pamiang. Turut kelihatan Fredian (dua kiri) dan Rizal (tiga kiri).
 ??  ?? SEBAGIAN Ahli Majlis Daerah Nabawan mengangkat sumpah di hadapan Fredian.
SEBAGIAN Ahli Majlis Daerah Nabawan mengangkat sumpah di hadapan Fredian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia