Utusan Borneo (Sabah)

Papar johan tiga kategori Tokoh Nilam

Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Zon Selatan capai matlamatny­a

-

“Seseorang

itu hendaklah gigih dan rajin membaca dalam mencari maklumat yang dapat membantu mereka menerokai hidup ini dengan lebih yakin dan selesa. JOHN ANGELO Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu

P

ROGRAM Nilam merupakan hasil cetusan idea Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan telah menjadi acara tahunan di setiap peringkat daerah, zon, negeri dan kebangsaan. Pada tahun ini, giliran Daerah Kuala Penyu dipilih menjadi tuan rumah bagi Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Zon Selatan (bahagian Beaufort).

Program yang dianjurkan oleh Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) bahagian Beaufort ini mendapat sokongan daripada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu selaku pengerusi pengelola. Penyertaan dan kerjasama daripada PPD Beaufort, Papar dan Sipitang turut menyokong program itu dengan menghantar peserta bagi mewakili daerah masing-masing.

Acara yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Kuala Penyu telah dihadiri oleh peserta dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kuala Penyu, SK St Peter dan SMK Kuala Penyu mewakili daerah tuan rumah.

Manakala Daerah Beaufort diwakili oleh peserta dari SK Weston, SK Pekan Beaufort, SMK Beaufort 2 dan SMK Gadong. Bagi Daerah Papar, peserta dari SK St Mary, SMK St Mary dan SMK St Joseph telah dihantar bagi mewakili daerah itu.

Mewakili Daerah Sipitang pula adalah dari SK Pekan, SK Padang Berampah dan SMK Padang Berampah.

Para peserta telah dinilai melalui Ujian Penulisan, Ujian Lisan Individu dan Ujian Lisan Kumpulan yang menguji tahap pengetahua­n serta pemikiran mereka tentang isu-isu semasa. Cara mereka memberi dan mengolah ayat hendaklah memenuhi kriteria Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Penilaian untuk pemilihan Tokoh Nilam itu telah diketuai oleh Mohd Azlan Umpai itu telah dibantu para hakim yang akan mengadili mengikut bidang masingmasi­ng. Kesemua hakim yang dipilih mewakili PPD dari Zon Selatan, PTPB dan PKG bahagian Kota Kinabalu serta guru-guru sekolah.

Menurut Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu Haji Muhid Haji Misrin, pertanding­an itu bertujuan menguji kemahiran peserta dalam mencari maklumat yang dikehendak­i dan melatih pelajar bekerja dalam kumpulan.

“Kesemua program ini merupakan insentif untuk memberi pengiktira­fan kepada usaha gigih para pelajar yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti pembacaan Nilam di sekolahsek­olah, di samping mencari calon yang layak untuk diketengah­kan ke peringkat kebangsaan,” katanya.

Majlis perasmian dan penutupan program telah disempurna­kan oleh Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu John Angelo bagi mewakili Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Hajah Azizah Mohd Dun.

Dalam ucapannya, John berkata golongan masyarakat yang rajin membaca telah meletakkan diri mereka pada tahap yang jauh lebih tinggi berbanding golongan yang malas membaca.

“Merekalah yang akan menjadi sumber rujukan kepada golongan yang cintakan ilmu dan kemajuan. Bagi golongan yang sudah menjadikan amalan membaca ini sebagai satu budaya, mereka akan sentiasa membaca tidak kira bila dan di mana mereka berada,” katanya.

Tambah beliau, seseorang yang ingin mendapatka­n maklumat dan informasi, bukan hanya buku tetapi suratkhaba­r, majalah, buletin berkala, jurnal, novel dan kemudahan internet juga dapat menjadi sumber rujukan kepada para pelajar.

“Seseorang itu hendaklah gigih dan rajin membaca dalam mencari maklumat yang dapat membantu mereka menerokai hidup ini dengan lebih yakin dan selesa,” katanya.

Pada tahun ini, kategori Bahasa Malaysia Sekolah Rendah dimenangi oleh Kayra Dee Natasya George dari SK St Mary, Papar diikuti oleh Nur Adib Misnin yang mewakili SK St Peter Kuala Penyu dan Khairunnis­a Izani Amin dari SK Weston, Beaufort.

Johan kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah pula dimenangi oleh Asha Chantelle Peter Raja dari SK St Mary Papar. Naib johan disandang oleh Jovinie Devine Jilinus dari SK Pekan Kuala Penyu dan tempat ketiga dirangkul oleh Siti Nurbalqis Rohaidi dari SK Pekan Beaufort.

Kategori Bahasa Malaysia Sekolah Menengah pula dimenangi oleh Hamidah Hussin yang mewakili SMK Kuala Penyu diikuti oleh Nur Amirah Syafiqah Mat Salleh dari SMK Beaufort 2 di tempat kedua dan Rennie Renn mewakili SMK Padang Berampah Sipitang tempat ketiga.

Jazebelle Faith Childs dari SMK St Joseph Papar merupakan johan bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah. Naib johan dimenangi oleh Nur Saiydatul Husna Abd Halim dari SMK Gadong Beaufort dan ketiga Mahirah Misnin dari SMK Kuala Penyu Kuala Penyu.

Selain pemilihan Tokoh Nilam, turut dipertandi­ngkan pada majlis berkenaan ialah pertanding­an Folio Terbaik Sekolah Rendah dan Folio Terbaik Sekolah Menengah. Untuk pertanding­an itu, pemenangny­a disandang oleh Kayra Dee Natasya George dari SK St Mary Papar bagi kategori sekolah rendah dan dan Nur Amirah Syafiqah Mat Salleh dari SMK Beaufort 2 bagi kategori sekolah menengah.

Sementara itu, beberapa aktiviti sampingan turut mengisi majlis berkenaan seperti aktiviti mencanting batik yang telah dirancang untuk guru-guru pengiring. Melalui aktiviti itu, bakat terpendam dapat dicungkil dalam kalangan guru yang mana mereka dapat merasai proses mencanting dan mewarna mengikut kreativiti masing-masing. Hasil lukisan aktiviti itu akan dipamerkan di ruang galeri PKG Kuala Penyu.

Pihak penganjur juga menyediaka­n ruang ‘Photo Board’ dengan tema ‘vantage’ untuk mereka yang ingin merakamkan gambar kenangan. Hasil kreativiti Guru Perpustaka­an dan Media SMK Pekan Kuala Penyu itu telah mendapat pujian ramai pihak.

Majlis perasmian dan penutupan Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Zon Selatan turut diserikan dengan persembaha­n nyanyian oleh kumpulan pelajar SMK Pekan Kuala Penyu yang dipimpin oleh Mohd Muiz Mohd Nizam.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sabah Suhailee Ahmad, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN Sabah Junaidi Adam.

Penganjura­n aktiviti Nilam peringkat Zon Selatan yang diadakan secara bergilir pada setiap tahun itu diharapkan mendapat sambutan dan sokongan daripada semua pihak.

Kerjasama di antara PPD sendiri, pihak sekolah, ibu bapa, pelajar dan masyarakat setempat pastinya memberi makna yang tersendiri kepada pengertian Nilam iaitu dengan membaca, segala ilmu dapat diperoleh dan dimanfaatk­an.

 ??  ?? GURU pengiring yang hadir mengikuti aktiviti mencanting batik bersama hasil kerja mereka.
GURU pengiring yang hadir mengikuti aktiviti mencanting batik bersama hasil kerja mereka.
 ??  ?? JOHN (duduk, tengah) bersama Suhailee (kiri) dengan tetamu jemputan yang hadir di majlis berkenaan.
JOHN (duduk, tengah) bersama Suhailee (kiri) dengan tetamu jemputan yang hadir di majlis berkenaan.
 ??  ?? PARA peserta Tokoh Nilam bergambar bersama perasmi dan para jemputan yang hadir di majlis berkenaan.
PARA peserta Tokoh Nilam bergambar bersama perasmi dan para jemputan yang hadir di majlis berkenaan.
 ??  ?? BARISAN Guru Perpustaka­an dan Media sekolah-sekolah daerah Kuala Penyu yang menjadi tulang belakang program pemilihan Tokoh Nilam.
BARISAN Guru Perpustaka­an dan Media sekolah-sekolah daerah Kuala Penyu yang menjadi tulang belakang program pemilihan Tokoh Nilam.
 ??  ??
 ??  ?? PERSEMBAHA­N nyanyian daripada pelajar SMK Pekan Kuala Penyu yang dipimpin oleh Mohd Muiz Mohd Nizam.
PERSEMBAHA­N nyanyian daripada pelajar SMK Pekan Kuala Penyu yang dipimpin oleh Mohd Muiz Mohd Nizam.
 ??  ?? JOHN menyampaik­an hadiah kepada pemenang Tokoh Nilam kategori Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Kayra Dee Natasya George dari SK St Mary, Papar.
JOHN menyampaik­an hadiah kepada pemenang Tokoh Nilam kategori Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Kayra Dee Natasya George dari SK St Mary, Papar.
 ??  ?? JOHN menyampaik­an hadiah kepada pemenang Tokoh Nilam kategori Bahasa Malaysia Sekolah Menengah, Hamidah Hussin dari SMK Kuala Penyu.
JOHN menyampaik­an hadiah kepada pemenang Tokoh Nilam kategori Bahasa Malaysia Sekolah Menengah, Hamidah Hussin dari SMK Kuala Penyu.
 ??  ?? JAZEBELLE dari SMK St Joseph Papar johan kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah menerima hadiah dan sijil daripada John.
JAZEBELLE dari SMK St Joseph Papar johan kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah menerima hadiah dan sijil daripada John.
 ??  ?? PEMENANG Tokoh Nilam kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Asha Chantelle Peter Raja dari SK St Mary, Papar.
PEMENANG Tokoh Nilam kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Asha Chantelle Peter Raja dari SK St Mary, Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia