Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan sertai protes anti-Trump di New York

-

Melaungkan “Bukan presiden saya!”, kira-kira 3,000 penunjuk perasaan antiTrump berarak di New York kelmarin, disertai oleh pihak lain di beberapa buah bandar di sekitar Amerika Syarikat (AS) ketika negara menyambut cuti Hari Presidenny­a.

Dalam suasana perayaan, penunjuk perasaan dari semua peringkat usia dan etnik telah berkumpul di Columbus Circle, di depan Hotel Antarabang­sa Trump dan berhampira­n Central Park bagi menyuaraka­n kekecewaan mereka dengan Presiden Donald Trump.

Tunjuk perasaan bertujuan untuk menunjukka­n penentanga­n akar umbi terhadap presiden Republikan itu masih kekal meluap-luap sebulan selepas pelantikan­nya pada 20 Januari.

Aktivis anti-Trump kelmarin mengambil kesempatan dari cuti umum persekutua­n, didedikasi bagi presiden AS, untuk menganjurk­an bebe-rapa rali ‘Not My Presidents Day’ (Bukan Hari Presiden Saya) di beberapa bandar termasuk Los Angeles, Chicago, Atlanta dan Washington.

Di New York, di mana anggaran tidak rasmi orang ramai adalah 3,000, Rima Strauss, seorang ahli psikoterap­i bersara, memakai sepasang jaket jean dengan lencana ‘Not my president’ (Bukan presiden saya) dan satu lagi menunjukka­n Putin mendukung bayi Donald yang memakai lampin.

“Beliau telah menjejaska­n negara kami. Kami akan kehilangan negara kami sekira-nya kami tidak melakukan apa-apa,” kata Strauss.

“Trump tidak akan mendengar kami, namun sekira-nya rakyat biasa berarak di jalan raya, mungkin kami mempunyai satu bentuk revolusi terhadap Trump, begitulah harapan saya.”

Qamar Khan, seorang pelajar bidang perubatan ber-usia 26 tahun dari Pakistan, menyatakan beliau ingin menyuaraka­n perasaan tidak bersetuju dengan Trump.

“Kami bukannya membantah. Kami adalah penganut Islam. Kami ingin menyebarka­n mesej bagi kedamaian dan kasih sayang, Islam yang sebenarnya. Saya memang mengakui Presiden Trump sebagai presiden kami, namun tidak bersetuju dengan dasar beliau. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? ORANG ramai mengambil bahagian dalam rali ‘Bukan Hari Presiden Saya’ di Manhattan, New York kelmarin.
— Gambar Reuters ORANG ramai mengambil bahagian dalam rali ‘Bukan Hari Presiden Saya’ di Manhattan, New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia