Utusan Borneo (Sabah)

Mogok guru cetus bantahan ganas

Enam maut tatkala protes tindakan kerajaan tutup sekolah di Conakry

-

CONAKRY: Sekurang kurangnya enam orang terbunuh semasa bantahan ganas di ibu negara Guinea kelmarin, ketika orang ramai melakukan tunjuk perasaan terhadap mogok oleh para guru yang menutup beberapa buah sekolah sejak tiga minggu lepas, menurut sumber kerajaan.

Sekurang-kurangnya 30 lagi tercedera, termasuk beberapa anggota polis di Conakry, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Beberapa bantahan ganas menggegark­an bandar sepanjang beberapa minggu lepas, kebanyakan oleh golongan muda dan pelajar yang menyokong mogok oleh para guru.

Kesatuan guru menuntut supaya guru kontrak, yang bukannya sepenuh masa, diterapkan sepenuhnya dalam sistem sekolah awam. Mereka turut meminta gaji yang lebih tinggi dan keadaan tempat kerja yang lebih baik.

Dalam respons, kerajaan menutup beberapa buah sekolah pada 1 Februari.

Selepas satu siri rundingan, kerajaan meminta para guru agar kembali ke sekolah pada dua minggu lepas.

Namun kesatuan tersebut menyeru bagi tindakan mogok, yang masih lagi dilakukan kelmarin di ibu negara dan di beberapa bahagian lain di negara, guru dan saksi lain memberitah­u AFP.

“Ibu negara kita adalah tempat kejadian bantahan haram dan tidak dibenarkan oleh gabenor bandar Conakry” bagi menuntut sekolah-sekolah tersebut dibuka semula, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Bantahan dicemari oleh “tindakan keganasan, laku mus-nah” walaupun pada malam sebelumnya, satu perjanjian dicapai “dengan beberapa kesatuan selepas rundingan selama beberapa hari.”

Empat lelaki, termasuk dua pemuda, dan seorang wanita ditembak dan dibunuh semasa pertelingk­ahan tersebut, menurut sumber dari hospital.

Seorang pemuda lagi dilanggar oleh bas ketika dia cuba melarikan diri dari keganasan, menurut seorang pegawai polis. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA polis dikerah untuk menangani mogok oleh para guru yang menuntut gaji yang lebih tinggi di Conakry, kelmarin.
— Gambar AFP ANGGOTA polis dikerah untuk menangani mogok oleh para guru yang menuntut gaji yang lebih tinggi di Conakry, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia