Utusan Borneo (Sabah)

Jakarta dilanda banjir selepas hujan lebat

-

JAKARTA: Jakarta dilanda oleh banjir secara meluas semalam selepas hujan lebat selama beberapa jam, dengan beribu-ribu rumah ditenggela­mi air, beberapa buah kereta terkandas dan penduduk terpaksa berjalan menelusuri air coklat berlumpur.

Air yang naik sedalam 1.5 meter menenggela­mi beberapa bahagian di ibu negara Indonesia selepas hujan ribut semalaman, dengan agensi bencana menerima lebih 400 laporan mengenai banjir di seluruh ibu kota.

Penduduk terpaksa meninggalk­an kediaman mereka di beberapa buah tempat, walaupun ia masih belum jelas berapa ramai orang yang terjejas.

Pihak berkuasa berkata mereka masih belum menerima sebarang laporan mengenai kecederaan atau kematian.

Gambar banjir menunjukka­n beberapa batang jalan raya utama ditenggela­mi air di beberapa bahagian di ibu kota mempunyai seramai 10 juta penduduk, orang ramai yang meranduk melalui jalan raya yang ditenggela­mi air dan kereta yang ditenggela­mi air sehingga paras lampu kereta.

Banjir berlaku selepas longkang di Jakarta tidak lagi mampu menampung aliran air yang deras akibat ribut dan sungai telah melimpah dari tebing mereka, kata jurucakap agensi bencana Sutopo Purwo Nugroho.

Jakarta dilanda oleh banjir pada beberapa peringkat setiap tahun semasa musim hujan selama beberapa bulan di Indonesia, dengan beberapa komuniti tepi sungai di bandar ini terjejas teruk.

Ibu kota itu telah mengalami salah satu kejadian musim banjir terburukny­a dalam sejarah pada Januari 2013. Banjir tersebut menenggela­mkan sebuah bulatan utama di pusat bandar, memaksa 30,000 orang meninggalk­an rumah mereka dan mengorbank­an 20 nyawa. — AFP

 ??  ??
 ?? Reuters — Gambar ?? KANAK-KANAK dilihat bermain air ketika sebuah kereta melalui sebatang jalan raya yang ditenggela­mi banjir di daerah perniagaan Mangga Dua di Jakarta, semalam.
Reuters — Gambar KANAK-KANAK dilihat bermain air ketika sebuah kereta melalui sebatang jalan raya yang ditenggela­mi banjir di daerah perniagaan Mangga Dua di Jakarta, semalam.
 ?? — Gambar Reuters ?? SEORANG lelaki menunggang motosikal melalui kawasan dilanda banjir di daerah perniagaan Mangga Dua di Jakarta, semalam.
— Gambar Reuters SEORANG lelaki menunggang motosikal melalui kawasan dilanda banjir di daerah perniagaan Mangga Dua di Jakarta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia