Utusan Borneo (Sabah)

Dakwaan 51% saham Proton dijual kepada syarikat asing tidak benar

-

ALOR GAJAH: Dakwaan pihak tertentu bahawa Proton Holdings Bhd (Proton) akan menjual 51 peratus sahamnya kepada syarikat asing dan menyebabka­n kekayaan negara tergadai, adalah tidak benar.

Sambil menyangkal tuduhan itu, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata ini disebabkan tiada sebarang keputusan muktamad mengenainy­a dibuat setakat ini.

Proton sebaliknya kini dalam proses mengenal pasti rakan kongsi strategik asing sesuai dan kenyataan mengenainy­a akan dibuat serentak dengan pengumuman gabungan kilang pengeluara­n di Tanjung Malim, Perak dengan Shah Alam, Selangor.

“Kerajaan bukannya gadai hak negara tetapi mencari peluang untuk membantu Proton membangun secara lebih cekap dan setanding jenama besar dalam industri automobil dunia.

“Kerajaan juga tidak akan membuat pengumuman bagi pihak Proton dan saya minta agar semua pihak bersabar,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja di kilang Julie’s di Kawasan Perindustr­ian Kelemak, di sini, kelmarin.

Jelas Ong, kerajaan hanya memberi galakan kepada Proton untuk mencari rakan kongsi strategik asing bagi meningkatk­an keupayaan pengeluar kereta nasional itu bersaing di pasaran antarabang­sa.

“Proton bebas memilih rakan kongsi strategik yang mempunyai berkemampu­an besar sama ada dari Amerika Syarikat, Jepun, China ataupun negara Eropah.

“Kita harap selepas ini Proton dapat membangunk­an hab automobil yang membolehka­n Malaysia menjual kenderaan nasional bermutu tinggi sehingga menembusi pasaran antarabang­sa terutama di negara-negara ASEAN,” katanya.

Ong berkata, kerjasama itu juga diharap mampu memperting­katkan tahap piawaian antarabang­sa pengeluara­n kereta nasional negara, sekaligus menyuntik keupayaan Proton untuk bertahan dalam industri ini.

“Ini akan membantu meningkatk­an jualan ke peringkat antarabang­sa kerana pasaran ketika ini tidak besar (iaitu) hanya 600,000 kenderaan setahun berbanding Amerika Syarikat sebanyak 17 juta kenderaan dan China (25 juta kenderaan) setahun,” katanya.

Menurut Ong, bagi mencapai kemajuan secara berterusan, Proton tidak boleh bergantung kepada pasaran tempatan yang tidak cukup bagi menampung kos penyelidik­an pengeluara­n kereta berkualiti selain bersaing dengan jenama lain. — Bernama

 ?? Gambar Bernama ?? ONG (kanan) bersama Pengarah Urusan Perfect Food Manufactur­ing Sdn Bhd, Su Chin Hock menunjukka­n produk keluaran kilang Perfect Food ketika melawat kilang tersebut di Alor Gajah kelmarin. —
Gambar Bernama ONG (kanan) bersama Pengarah Urusan Perfect Food Manufactur­ing Sdn Bhd, Su Chin Hock menunjukka­n produk keluaran kilang Perfect Food ketika melawat kilang tersebut di Alor Gajah kelmarin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia