Utusan Borneo (Sabah)

KL kekal pilihan utama bagi pelaburan komersial, pembanguna­n

-

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur kekal menjadi pilihan utama bagi pelaburan komersial atau pembanguna­n, diikuti Selangor, (23 peratus), Pulau Pinang (17 peratus), Johor (20 peratus) dan Sabah (11 peratus).

Dalam kenyataan hari ini, Knight Frank Malaysia, perunding hartanah global berkata, menurut Kaji Selidik Sentimen Pelaburan Hartanah Komersial Malaysia 2017, minat responden di ibu negara telah berkuranga­n untuk tahun akan datang.

“Ramai responden merancang untuk mempelbaga­ikan pelaburan mereka ke kawasan yang popular seperti Pulau Pinang, Johor dan Sabah,” katanya.

Pengarah Urusannya, Sarkunan Subramania­m, berkata kaji selidik itu menjangka prospek hartanah komersial akan berdasarka­n sentimen penggiat industri.

“Pasaran runcit dan pejabat akan terus berada di bawah tekanan dengan sewa dan kadar penghunian disebabkan lebihan penawaran.

“Subsektor logistik dan industri dijangka semakin rancak pada 2017 dengan pertumbuha­n e-dagang memacu permintaan bagi bidang logistik dan industri,” katanya.

Sarkunan berkata walaupun persekitar­an operasi mencabar, responden berminat untuk meneroka peluang pelaburan di pelbagai kawasan. Sabah dan Pulau Pinang dipilih sebagai kawasan paling menarik bagi pelaburan percutian/hotel, berkemungk­inan disebabkan pasaran pelanconga­n mereka yang kukuh, katanya.

Menurut kaji selidik itu, terdapat minat yang semakin meningkat dalam subsektor penjagaan kesihatan dan institusi dalam kalangan pemaju pada 2017.

Kaji Selidik Sentimen Pelaburan Hartanah Komersial Malaysia 2017 dijalankan menggunaka­n mekanisme e-kaji selidik yang diedar di pangkalan data Knight Frank dengan penggiat utama dalam sektor komersial tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia