Utusan Borneo (Sabah)

2017, tahun lebih positif bagi ekonomi Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF) menjangka tahun ini tahun yang lebih positif bagi ekonomi dengan pasaran bon dan tawaran awam permulaan yang agak aktif.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Mohd Najib Abdullah, berkata banyak ketidakten­tuan pasaran dan persekitar­an global pada tahun lepas dijangka dapat diatasi pada awal tahun ini.

“Saya fikir kita akan mempunyai tahun yang lebih baik. Berdasarka­n kajian kami mengenai pasaran, 2017 akan menjadi tahun yang lebih positif bagi ekonomi dan juga dari segi korporat,” katanya kepada pemberita pada majlis makan tengah hari media bersama MIDF di sini kelmarin.

Mohd Najib berkata jangkaan itu turut disokong oleh jumlah mandat dan urus niaga dalam perancanga­n yang kini sedang dilaksanak­an.

MIDF juga menjangka pertumbuha­n portfolio pinjaman yang lebih baik pada tahun ini, sejajar dengan unjuran oleh kebanyakan bank yang lebih baik, katanya.

“Bagi pasaran bon, kami ternyata memerlukan mandat untuk pengumpula­n dana. Kira-kira lebih 20 peratus berbanding tahun lepas,” katanya.

Bank turut menyasarka­n FBM KLCI untuk mencecah 1,850 mata menjelang akhir tahun.

Dari segi dana asing, Mohd Najib berkata, ia agak pantas.

“Kadangkala ia masuk, kadangkala ia keluar. Boleh berubah. Tidak bermakna apabila ia keluar dari pasaran saham, ia keluar dari negara. Ia boleh berubah daripada ekuiti kepada tunai kepada pendapatan tetap.

“Saya tidak akan menggunaka­n penyertaan asing dalam pasaran saham sebagai ukuran kepada kekayaan atau kedudukan pasaran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia