Utusan Borneo (Sabah)

Kacific Broadband bakal lancar satelit pada 2019

-

KUALA LUMPUR: Kacific Broadband Satellites Pte Ltd yang telah memesan satelit Kacific-1 daripada The Boeing Co berasaskan platform satelit 702, akan melancarka­nnya pada 2019.

Dalam satu kenyataan semalam, Kacific berkata platform satelit itu akan dikongsi bersama JCSAT-18, yang ditempah oleh SKY Perfect JSAT Corp.

Ketua Pegawai Eksekutif Kacific, Christian Patouraux, berkata Kacific-1 akan membolehka­n masyarakat yang kini tidak memperoleh kemudahan Internet berkelajua­n tinggi, mengakses pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmat­an awam dan meningkatk­an ekonomi tempatan, secara dalam talian.

“Dengan menyediaka­n kelajuan Internet melebihi 100 megabit sesaat pada kos yang rendah dan terminal berbentuk kecil, ia dapat membantu menghubung­kan titik di Asia Tenggara dan Pasifik kepada dunia digital,” katanya.

Menurut Kacific, satelit tersebut dibangunka­n untuk menawarkan jalur lebar berkuasa besar menerusi pancaran 57 Ka-band, setiap satu memiliki kapasiti sehingga 1.25 gigabit sesaat, dengan kuasa isyarat tertinggi yang pernah dicapai di rantau ini.

“Pancaranny­adibuatkhu­sus bagi memenuhi permintaan yang tepat mengikut geografi di 20 negara Pasifik dan Asia Tenggara,” katanya.

Kacific berkata ia memperoleh AS$147 juta (AS$1 = RM4.45) pada hujung 2016 menerusi gabungan ekuiti, hutang dan pembayaran awal oleh pelanggan yang meliputi pembelian satelit, perkhidmat­an pelancaran, sistem bumi dan semua kos projek yang lain.

Bagi mendapatka­n dana tersebut, Kacific berkata ia menandatan­gani 15 perjanjian borong lebar jalur terurus di 14 negara, bernilai AS$434 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia