Utusan Borneo (Sabah)

RKM Sabah terus bergerak capai halatuju

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Rakan Kembara Malaysia (RKM) cawangan Sabah melangkah setapak lagi dalam mencapai halatuju serta visi dan misinya di negeri ini dengan terlaksana­nya Mesyuarat Agung Kedua pertubuhan itu, di sini, barubaru ini.

Yang Dipertua RKM Sabah Mizma Appehdulla­h berkata 1,000 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dapat berbangga kerana bukan sahaja persatuan mampu bertahan, malahan mampu menjayakan aktiviti persatuan yang dirancang.

“Kita mahu memberi anjakan motivasi kepada setiap ahli dengan mengatakan bahawa kepimpinan RKM Sabah kian bertambah mantap dari semasa ke semasa. Hal ini turut memberi kita semangat untuk terus giat dalam persatuan.

“Bilangan ahli persatuan juga semakin bertambah, seiring dengan objektif kita iaitu untuk melibatkan lebih ramai individu berketramp­ilan untuk mengikuti kita,” katanya.

Menurut Mizma RKM Sabahsudah­mengaturpe­lbagai reancangan serta aktiviti, yang dilihat sebagai lebih menarik dan menghiburk­an untuk persatuan itu pada tahun ini.

“Antara aktiviti yang saya lihat sangat menarik untuk semua ahli ialah rancangan kita untuk membuat lawatan beramai-ramai ke negeri bersejarah Melaka dan juga ke Bumi Kenyalang, Sarawak.

“Cadangan untuk masa dan tarikh kedua aktiviti itu dan juga aktiviti lain sudah pun dicadangka­n, dan ia akan diputus serta diumumkan dalam perjumpaan kita yang akan datang,” katanya.

Mizma yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Silam berkata RKM Sabah ditubuhkan pada Januari 2015 dengan memfokuska­n kepada aktiviti pembanguna­n dan pendidikan belia-beliawanis supaya boleh menimba ilmu dan berdikari.

Sementara itu, Presiden Rakan Kembara Malaysia Wan Salwati Abdullah yang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kedua itu berpuas hati dengan pencapaian RKM Sabah.

“Kita berbangga kerana RKM Sabah berjaya menjalanka­n pelbagai program berbentuk kebajikan masyarakat yang prihatin di samping membantu mempromosi tempat-tempat menarik di Sabah mahupun Malaysia di peringkat global.

“Sesuai dengan motto RKM, ‘Daripada anda kepada anda’, RKM mengambil pendekatan mengembara sambil menjalanka­n pelbagai program amal. Kita dapati RKM Sabah juga sentiasa bekerjasam­a dengan RKM dari negeri lain di Malaysia ini untuk membentuk kesepaduaa­n dan kesepakata­n peringkat nasional,” katanya.

 ??  ?? ANTARA yang hadir di Mesyuarat Agung Tahunan RKM Sabah di Kundasang pada Ahad.
ANTARA yang hadir di Mesyuarat Agung Tahunan RKM Sabah di Kundasang pada Ahad.
 ??  ?? MIZMA (dua kanan) menerima cenderahat­i daripada Wan Salwati.
MIZMA (dua kanan) menerima cenderahat­i daripada Wan Salwati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia