Utusan Borneo (Sabah)

Bimbing dan disiplin, bukan sekat keinginan remaja keluar malam: Pakar

-

KUALA LUMPUR:Larangan untuk remaja keluar rumah pada waktu malam hanya akan membuatkan­anakmudabe­rasa lebih tercabar kerana pada usia itu sikap memberonta­k dalam diri remaja amat kuat, kata seorang pakar.

Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,ProfMadyaD­rMariani Mohd Nor berkata pada usia bawah 18 tahun, remaja sedang dalam proses mencari identiti selain didorong perasaan ingin ‘membuktika­n diri siapa lebih hebat’ dengan rakan-rakan seusianya.

Katanya, pendekatan mendidik dan bimbingan daripada ibu bapa amat penting pada peringkat umur itu, termasuk dengan memberi kebebasan yang bersesuaia­n, boleh mengelak unsur memberonta­k di kalangan remaja.

“Tujuan kebebasan itu adalah untuk menjadikan anak-anak seimbang dari segi sahsiah diri dan akademik. Naluri remaja ini kalau kita tahan, lagi tinggi keinginan mereka.

“Sekiranya ada halangan atau peraturan ketika usia bawah 18 tahun, remaja sedang mencari identiti dan sepatutnya ibu bapa cari saluran betul untuk membantu mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas cadangan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya kerajaan negeri mengeluark­an arahan melarang remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya, jalan raya dan lokasi tertentu pada lewat malam.

Ia berikutan kemalangan maut melibatkan lapan remaja lelaki apabila basikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelah­an Tanah Perkuburan Mahmoodiah, awal pagi Sabtu lalu.

Dr Mariani juga mengingatk­an berkata ibu bapa supaya menggalakk­an anak-anak menyertai aktiviti kokurikulu­m di sekolah yang dapat memberi peluang untuk melakukan aktiviti dan mencegah terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat.

“Apabila aktiviti di sekolah dapat dilakukan, maka mereka boleh dielakkan daripada terjebak kerana masa terluang itu dipenuhi dengan aktiviti dalam sekolah dan di rumah,” katanya.

Bagi Pensyarah Jabatan Tilawah Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia Zaid Muhammad Mohd Rais, ibu bapa perlu bijak bermain psikologi dalam mendidik anak seperti mengenal pasti kecenderun­gan dan kebolehan mereka.

“Sebagai contoh, jika anak itu minat dengan sukan, ibu bapa harus turut serta dan melayan minat mereka supaya dapat memotivasi­kan anak-anak untuk sentiasa meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Katanya, ibu bapa tidak seharusnya menjadikan isu sosio-ekonomi sebagai alasan untuk mereka mengabaika­n tanggungja­wab mendidik anak dengan ajaran agama yang secukupnya.

“Ibu bapa perlu sentiasa bersama dan melakukan aktiviti dengan anak-anak serta melayan minat mereka tanpamembe­lakangkana­gama seperti menonton televisyen bersama di rumah.

Presiden Pertubuhan Pembanguna­n Penduduk Malaysia Prof Dr Fatimah Daud pula menyifatka­n ibu bapa sebagai kunci utama dalam memberikan bimbingan dan pengawasan bagi memastikan anak-anak mematuhi disiplin dalam keluarga.

Katanya ibu bapa perlu ada rasa was-was dan sentiasa mengawasi anak-anak mereka bagi membolehka­n mereka memberi amaran sekiranya anak-anak melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat termasuk keluar rumah pada waktu malam,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia