Utusan Borneo (Sabah)

Dokumentar­i ‘Global Drinks’ di TV1 singkap rahsia minuman kegemaran anda

-

SETIAP seorang daripada kita pastinya mempunyai jenis minuman kegemaran yang berbeza. Menceritak­an sejarah enam jenis minuman paling universal yang telah menjadi keperluan penting dalam kehidupan seharian kita.

Minuman ringan, kopi, susu, air mineral, jus buah-buahan, dan teh kini telah menjadi ikon kedai runcit global. Meneliti bagaimana minuman ini telah tersebar di seluruh dunia, setiap episod dokumentar­i bertajuk ‘Global Drinks’ bakal membincang­kan sejarah, sains, ekonomi, budaya dan kepuasan, juga mendedahka­n rahsia minuman kegemaran dan universal ini.

Enam jenis minuman popular yang digemari masyarakat dunia ini ternyata setiap satunya mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Lebih daripada sekadar minuman yang mudah diperolehi di mana sahaja atau pun sekadar pelepas dahaga, kisah minuman ini dimuatkan dalam dokumentar­i yang bakal berkongsi ‘rahsia’ di sebalik enam jenis minuman yang disebutkan.

Enam episod dokumentar­i yang disiarkan mulai 28 Februari ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang di TV1 ini bakal membongkar­kan enam jenis minuman berbeza yang dikupas secara terperinci setiap satu diarahkan oleh Emma Tassy, Gerard Lafont, Pierre Bourgeois, PierreOliv­ier François, dan Stephen Teale.

Enam kisah yang luar biasa dan tidak dijangka yang disulami dengan kejutan, anekdot dan faktafakta menarik, yang dibawa oleh watak-watak utama dalam situasi yang tidak diduga.

Dibandingk­an dengan hidangan seperti pizza, sushi, kentang goreng, pasta, sandwich dan aiskrim, setiap jenis minuman ini memiliki kelebihann­ya sendiri dan dikategori­kan sebagai minuman seimbang.

Hilangkan dahaga anda dengan menyaksika­n ‘Global Drinks’ yang menerangka­n satu lagi aspek khasiat sejagat melibatkan cecair yang menghidrat­kan dalam tubuh seseorang.

Luangkan masa menyaksika­n tajuk ‘The Juicy Adventure Of Juice’, ‘The Global Milk Around’, ‘Tea For Two...Billions’, ‘Coffee Please!’, ‘Water, Water, Everywhere’, dan ‘Soda: The Magic Formula!’ yang dimuatkan dalam dokumentar­i ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia