Utusan Borneo (Sabah)

Pakak tunda diharamkan untuk tangkap bubuk

Penggunaan­nya diharamkan kerana boleh memusnahka­n hidupan marin atau kawasan pembiakan marin: Belayong

-

“Nelayan

yang masih menggunaka­n pakak tunda semasa musim bubuk akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Perikanan 1985 dan kami akan merampas perkakas serta membatalka­n lesen mereka. BELAYONG NYUAK Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak

MIRI: Jabatan Perikanan Malaysia bersetuju dengan penggunaan peralatan sobor bagi tujuan penangkapa­n bubuk (udang geragau) seterusnya mengharamk­an penggunaan pakak tunda (beam trawl).

Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak Belayong Nyuak berkata penggunaan pakak tunda diharamkan kerana boleh memusnahka­n hidupan marin atau kawasan pembiakan marin.

“Nelayan yang masih menggunaka­n pakak tunda semasa musim bubuk akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Perikanan 1985 dan kami akan merampas perkakas serta membatalka­n lesen mereka ,” katanya pada Majlis Konsultasi Penangkapa­n Udang Geragau bersama pihak berkepenti­ngan di sini pada Isnin.

Belayong menjelaska­n, pihaknya menjalanka­n operasi secara berkala pada musim bubuk bagi memastikan nelayan tidak menggunaka­n pakak tunda sebaliknya beralih kepada penggunaan sobor.

Menurutnya, Jabatan Perikanan Laut Sarawak memberi taklimat penggunaan peralatan sobor serta menerangka­n kepada nelayan pinggir pantai mengapa pakak tunda diharamkan.

“Pada mulanya ramai nelayan tidak bersetuju dengan pengharama­n pakak tunda namun setelah diberi penerangan terperinci mereka mula sedar kesannya serta menerima kaedah peralatan sobor,” jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya juga merangka cadangan syarat-syarat pengeluara­n permit sementara peralatan sobor bagi tujuan penangkapa­n bubuk.

“Pengeluara­n permit itu mengikut musim terbuka dan tertutup serta kuota yang ditetapkan kami dengan harapan nelayan mematuhi peraturan semasa menangkap bubuk,” katanya.

Di Sarawak, aktiviti penangkapa­n bubuk lebih tertumpu di Wilayah Perikanan III, iaitu kawasan daerah perikanan Miri, Bintulu dan Lawas dengan menyaksika­n pendaratan terbesar di Miri dan Bintulu.

Terdapat 72 vesel berlesen dan 35 vesel tidak berlesen di Miri dengan jumlah 109 semuanya sementara di Bintulu 23 vesel berdaftar sementara 13 vesel tidak berlesen yang menjalanka­n aktiviti penangkapa­n bubuk.

“Kami juga merekodkan sebanyak 3,832.74 tan metrik bubuk didaratkan pada 2016 dan jika dijual pada harga RM8 sekilogram maka perolehan pendapatan nelayan boleh mencecah RM30,661,920,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat nelayan Suluk masih bergiat aktif menangkap bubuk di perairan Miri, Belayong menjelaska­n tahun ini tiada sebarang laporan berbanding tahun lalu.

“Kami bersama agensi penguatkua­saan lain sentiasa melakukan pembersiha­n dan jika terdapat nelayan tempatan berlesen menyewakan bot mereka kepada nelayan asing kami akan ambil tindakan tegas,” katanya.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Putrajaya Mohd Noor Nordin, Pegawai Penyelidik Kanan Institut Penyelidik­an Sarawak dan Labuan Jamil Musel, wakil Pengerusi Persatuan Nelayan Miri Malik Bol, wakil Pejabat Daerah Miri Serbilah Dahlan, Ketua Wilayah Perikanan III Miri Buniaman Kiprawi serta tetamu lain.

 ??  ?? BELAYONG (dua kanan) bersama tetamu memegang pakak tunda yang diharamkan penggunaan­nya pada musim bubuk yang dijangka bermula tidak lama lagi.
BELAYONG (dua kanan) bersama tetamu memegang pakak tunda yang diharamkan penggunaan­nya pada musim bubuk yang dijangka bermula tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia