Utusan Borneo (Sabah)

Gaggil bantu bekas pemain Sabah terlantar sakit

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kelab Bola Tampar Gaggil Tawau tampil menghulur sumbangan kepada bekas pemain negeri tahun 80-an, Mad Nasip Apuadam, yang kini terlantar sakit di Kg Pangi, Kunak.

PengerusiK­elabBolaTa­mpar Gaggil Hassan Tarasan berkata usaha menjejak Mad Nasip sudah dimulakan semenjak dua tahun lepas, sehinggala­h mereka berhasil mengesanny­a.

“Kita berjaya mengesan beliau hasil maklumat rakanrakan dan turut mendapat kerjasama daripada ahli jawatankua­sa termasuk ahli Gaggil sendiri,” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata kelab mereka baharu sahaja selesai melawat Mad Nasip di Kg Pangi pada Ahad lepas, (sebelum ini, bekas pemain bola tampar negeri itu menetap di Lahad Datu).

Menurutnya sumbangan ikhlas yang diberikan Gaggil diharap membantu meringanka­n lagi beban yang ditanggung Mad Nasip sekeluarga dalam kehidupan seharian mereka.

“Kita difahamkan, Mad Nasip diserang strok dan lumpuh separuh badan, serta terlantar sakit semenjak tiga tahun lepas, malah tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Kita berharap pihak berwajib dapat membantu bekas pemain negeri kita ini yang juga mempunyai empat anak berusia enam hingga 17 tahun dan masih bersekolah,” katanya.

Hassan berkata Gaggil hanya mampu menghulur sumbangan wang tunai RM500 dan berharap angka itu dapat ditambah selepas penganjura­n dua program mereka akan datang.

Dalam perkembang­an berkaitan, Gaggil bakal menganjurk­an Kejohanan Bola Tampar (Lelaki) Jemputan Amal Tawau 2017 di Dewan Kompleks Sukan Tawau, 25-26 Feb kelak.

Kelab itu juga akan mengadakan Majlis Makan Malam dan Reunion Bersama Bekas Pemain Sabah di Dewan Mini Sri Intan, Unipark pada 25 Feb ini, jam 7 malam.

Hassan turut merakamkan penghargaa­n kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan kerana turut prihatin membantu menjayakan program yang dirancang.

 ??  ?? HASSAN (dua kanan) dan ahli jawatankua­sa Gaggil melawat Mad Nasip di Kg Pangi, Kunak.
HASSAN (dua kanan) dan ahli jawatankua­sa Gaggil melawat Mad Nasip di Kg Pangi, Kunak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia